Page 592 - Proceedings Collega2023
P. 592

Ideologi Sejarah Tempatan dan Patriotisme

                       Secara asasnya, elemen sejarah merupakan suatu elemen yang saling berkomunikasi dan berkait
               rapat terhadap individu atau sekumpulan terhadap peristiwa lalu – mendatangkan kesan kepada dirinya.
               Menurut Shahul Hameed et al. (2020), filem yang berunsur dan berlatar belakangkan sejarah berfungsi
               sebagai ruang komunikasi dalam memberikan refleksi kepada budaya sesebuah masyarakat dan negara
               malah medium filem ini juga berupaya dalam membantu masyarakat mengimbau kembali sejarah lalu
               menerusi kaedah audio dan visual. Sejajar dengan itu, ideologi sejarah yang dibawa menerusi filem juga
               mampu menjadi elemen apresiasi oleh khalayak khususnya tempatan dalam mengangkat budaya dan
               adat di negara ini dan dalam masa yang sama ianya juga mampu mengukur nilai patriotisme menerusi
               jati diri mereka.
                      Seterusnya, ideologi patriotisme merupakan elemen yang amat berkait rapat terhadap perasaan
               dan jati diri sesebuah masyarakat terhadap tanah air atau negara. Sejajar dengan itu, tema atau
               penerapan ideologi ini menerusi medium filem mampu membentuk perasaan sayang dan jati diri cinta
               akan negara malah kadangkala filem yang bercorak patriotisme ini juga mampu mewujudkan sentimen
               yang agak tersasar di kalangan khalayak. Dari susut sinema, Mohd Redzuan (2019) mengutarakan bahawa
               Pei pada tahun 2013 menyatakan pawagam dan filem menjadi ruang dalam mencorak serta menstruktur
               persefahaman di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa serta unsur patriotisme terhadap
               negaranya.

               Perbincangan
                       Secara umumnya, Munafik 2 yang mula disiarkan pada tahun 2018 adalah berkisahkan tentang

               Ustaz Adam (Syamsul Yusof) yang merupakan pengamal perubatan Islam di sebuah kampung serta sering
               diganggu oleh sosok isterinya yang telah mati. Manakala, di kampung berhampirannya terdapat seorang
               perempuan yang dibelenggu kemiskinan yang menjalani kehidupan bersama-sama bapanya yang telah
               uzur dan sering diganggui oleh roh jahat angkara Abu Jar (Nasir Bilal Khan) iaitu seorang ketua ajaran
               sesat. Akhirnya, ketibaan Ustaz Adam ke kampung tersebut untuk memberikan bantuan telah mendapat
               tentangan daripada Abu Jar dan pengikutnya – beberapa perkara telah terjadi dan mencetuskan konflik
               di antara mereka.

                       Seterusnya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diterbitkan pada tahun 2022 merupakan
               sebuah filem biografi yang mengangkat seorang pahlawan Melayu iaitu Mat Kilau. Filem fiksyen yang
               berunsurkan biografi dan sejarah ini mengisahkan tentang perjuangan Mat Kilau bersama-sama Tok
               Gajah (ayahnya) dan rakan-rakannya dalam melakukan penentangan dan pemberontakan terhadap pihak
               penjajah iaitu British – dan ianya berlatar belakangkan suasana dan persekitaran di negeri Pahang pada
               era lewat atau hujung 1800-an. Seyogia, pengaruh ideologi dan gaya pengarahan yang dibawa oleh
               Syamsul Yusof menerusi kedua-dua filem ini berupaya memberikan cerminan kepada minat khalayak
               samada tempatan mahupun di Nusantara

               (Singapura, Indonesia, Brunei, Malaysia).

               Pemikiran Islam dalam Genre Seram menerusi Munafik 2 (2018)
                       Munafik 2 adalah filem yang bergenre seram sambil digabungkan bersama-sama unsur Islam
               sebagai naratif yang dominan. Antara tema yang diangkat menerusi filem ini adalah ketentun takdir dan
               ujian daripada Ilahi tidak mengira pangkat, darjat atau status tetapi ianya dilalui oleh semua peringkat


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 579 -
   587   588   589   590   591   592   593   594   595   596   597