Page 589 - Proceedings Collega2023
P. 589

ABSTRACT
                       This essay discusses the influence of local ideology that brought by film director through film in

               the context of the Malaysian film industry on the films chosen as subjects. Films such as Mat Kilau (2022)
               and Munafik 2 (2018) directed by the same director, Syamsul Yusof, in seeing the effectiveness of the
               ideology through film in absorbed through the two films. In addition, these two films have the same
               thing in common, which is to collect box-office hits as well as being a Malaysian box-office hit that ranked
               first with the highest boxoffice receipts in the year it was released. From an ideological point of view, this
               essay focuses more on aspects of the director's thinking through the films chosen in providing reflection
               and influencing the thinking of the audience and even able to intensify efforts to attract and increase
               marketing for the film. Thus, the findings through the study of this essay are convincing and the writer
               argues that this element are seen as capable and able to reflect the attraction of the audience to watch
               these two films and make them blockbuster films in Malaysia.
               Keywords: Influence; Ideology; Style; Directing; Film; Malaysia;



               Pengenalan

                       Umumnya, ideologi adalah pemikiran atau pendekatan yang dibawa oleh individu, sekelompok
               atau apa-apa subjek dalam menggapai tujuan atau matlamat yang telah ditetapkan. Menurut Dewan
               Bahasa dan Pustaka (2017), ideologi merujuk kepada sebuah fahaman yang dibawa oleh seseorang untuk
               dikenali sebagai dasar pemerintahan dari perspektif demokrasi. Dari sudut filem, ideologi merupakan
               salah satu elemen yang berupaya memberikan representasi kepada budaya, ekonomi, sosio-budaya,
               agama dan sosial menerusi persekitaran lokaliti atau sesuatu tempat. Menurut Ye (2012), kepentingan
               dalam membentuk hubungan antara filem dan ideologi adalah kerana filem merupakan medium yang
               baik dalam mendalami ideologi, filem juga adalah berdasakan kehidupan manusia (people’s life). Selaras
               dengan itu, ideologi di dalam filem sering kali dapat dikaitkan dengan pengarah yang berupaya dan
               berkuasa dalam menentukan segalanya dari sudut kreatif dalam penerapan sesebuah fahaman. Justeru,
               selain aspek ideologi, gaya pengarahan yang dibawa oleh seseorang pengarah juga memainkan peranan
               yang penting dalam memberi pengaruh kepada khalayak terhadap filem yang diarahkan.
                       Di samping itu, pengaruh ideologi dalam sesebuah filem adalah elemen yang penting supaya
               dapat meninggalkan kesan serta impak kepada khalayak umumnya – ianya juga memainkan peranan
               dalam membentuk refleksi kepada tarikan minat khalayak terhadap sesebuah filem yang dihasilkan atau
               diterbitkan. Dari sudut industri seni atau filem, terma ideologi boleh dikategorikan kepada perkara
               negatif dan positif. Sejajar dengan itu, perkara negatif dan positif yang cuba di sampaikan oleh individu
               tertentu menerusi medium ini mampu mempengaruhi pemikiran masyarakat khususnya di negara ini.
               Misalnya, seseorang pengarah filem mempunyai kuasa dan ruang dalam mempengaruhi minat khalayak
               bagi filem-filem yang diarahkan oleh mereka dengan memperletakkan ciri khas atau ‘signature’, ideologi
               dan gaya kepengarahannya. Menerusi pengarah filem Malaysia yang tersohor iaitu Syamsul Yusof sebagai
               bahan kajian, menerusi esei ini penulis melakukan dan menghujahkan eksplorasi terhadap ideologi
               khususnya dari aspek pemikiran pengarah tersebut menerusi dua filem yang mendapat kutipan yang
               tertinggi iaitu Munafik 2 (2018) dan Mat Kilau (2022) dalam memberikan refleksi kepada pengaruh minat
               khalayak terhadap filem-filem tersebut. Justeru, menerusi esei ini penulis mendapati terdapat pernyataan
               masalah melalui jurang terhadap kajian-kajian yang lalu dan esei ini lebih memfokuskan kepada industri
               perfileman Malaysia.


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 576 -
   584   585   586   587   588   589   590   591   592   593   594