Page 594 - Proceedings Collega2023
P. 594
Selari dengan itu, antara babak yang menonjolkan pembawaan ideologiideologi ini adalah seperti
babak di mana menyaksikan Rokiah (Zarina Zainoordin) yang sedang dibunuh demi merahsiakan
keberadaan suaminya dan sambil diselitkan Wahid (Beto Khusairy) yang sedang berlari untuk
menyelamatkan Rokiah tetapi dihalang oleh Mat Kilau (Dato’ Adi Putra) demi keselamatannya. Menerusi
babak ini, dapat dilihat mesej dominan yang disampaikan adalah pengorbanan dalam perjuangan demi
mencapai tujuan asal yang tertentu, babak ini juga merupakan suatu elemen propaganda dalam
pembawaan ideologi ini kepada khalayak dalam membentuk dan mencorak jati diri cinta akan tanah air.
Malah Mohd Shukri et al. (2022) menyatakan bahawa garapan isi dan konten naratif menerusi filem ini
yang sarat dengan nilai perjuangan dan sejarah di negara ini dilihat sebagai suatu usaha yang mampu
menyatu padukan masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini.
Limitasi
Penulisan esei ini hanya memfokuskan kepada aspek pengaruh ideologi seseorang pengarah
menerusi filem yang diarahkan sebagai refleksi kepada minat khalayak. Seterusnya, esei ini juga
memfokuskan kepada industri filem di Malaysia terhadap pengaruh pengarah berdasarkan kepada
ideologi yang dibawa dan gaya serta teknik yang diketengahkan menerusi sesebuah filem. Esei ini juga
telah melakukan eksplorasi terhadap ideologi seseorang pengarah dalam memberikan cerminan dan
perkaitannya di dalam pengaruh minat khalayak di Malaysia. Justeru, esei ini menghujahkan eksplorasi
terhadap ideologi yang dibawa pengarah dalam konteks Malaysia sebagai cerminan kepada pengaruh
minat khalayak terhadap filem-filem diarahkan oleh pengarah seperti Syamsul Yusoff menerusi filem-
filemnya yang menembusi pasaran pecah panggung seperti Munafik 2 (2018) dan Mat Kilau (2022).
Kesimpulan
Berdasarkan penulisan ini, penulis berharap bahawa penulisan esei dan kajian ini mampu dalam
membantu sesiapa sahaja yang berminat mengkaji berkenaan ideologi menerusi sesebuah filem samada
tempatan atau luar negara. Selain itu, penulis juga berharap bahawa penulisan ini boleh membawa
pengkaji akan datang dalam membuktikan bahawa ideologi seseorang pengarah mampu memberikan
impak kepada pemasaran filem menerusi sebuah kajian analisis empirikal. Selari dengan itu, Koduthor
(2022) berpendapat bahawa filem menjadi salah satu medium kepada pengarah dalam mengetengahkan
bentuk ideologi atau pemikiran serta gaya dalam mencapai matlamatnya.
Secara kesimpulannya, esei ini mendalami serta melakukan pengeksplorasian terhadap elemen
ideologi seseorang pengarah menerusi sesebuah filem dalam memberi pengaruh kepada minat khalayak
di Malaysia. Selari dengan itu, dekad ini telah menyaksikan perkembangan dan peningkatan terhadap
industri kreatif Malaysia khususnya industri perfileman yang telah memperlihatkan keberangsangan hasil
kutipan yang pecah panggung. Elemen-elemen menerusi aspek pemasaran filem seperti pembawaan
ideologi dan gaya pengarahan memainkan peranan yang dominan dalam menentukan peningkatan hasil
kutipan ini. Akhirnya, Kerrigan (2010) juga menghujahkan bahawa pemasaran sesebuah filem adalah
berlandaskan kepada faktor-faktor seperti kebolehpasaran dan kebolehmainan.
Penghargaan
Pertama sekali, ucapan syukur ke hadrat Ilahi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan Izin-
nya penulis telah berjaya menyiapkan penulisan ini dengan lancar dan baik tanpa sebarang masalah.
Sejurus dengan itu, penulis juga ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Professor Dr. Mohd Kipli kerana telah banyak membantu daripada awal hingga akhir
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 581 -

