Page 593 - Proceedings Collega2023
P. 593

umat. Menurut Azlee (2018), beliau bersetuju terhadap Syamsul Yusof yang cuba mengetengahkan
               bahawa masih banyak lagi yang perlu dipelajari tentang agama khususnya Islam dan pemimpin yang
               mendakwa mengetahui segala-galanya tentang Islam boleh menjadi jahil juga – tetapi beliau tidak
               bersetuju dengan menggunakan kaedah seram (menakut-nakutkan) untuk membentuk muslim yang
               lebih baik. “Principally, I disagree with any attempt to scare a person into practicing any faith – be it
               Christianity, Judaism or Islam, to name a few.” (Azlee, 2018).

                      Walaubagaimanapun, pemikiran Islam yang dibawa oleh Syamsul Yusof menerusi filem ini tidak
               hanya semata-mata memfokuskan kepada elemen seram dan menakut-nakutkan khalayak khususnya
               Muslim untuk menjadi lebih baik malah ianya menggunakan konsep propaganda dalam membawa
               pemikiran ini kepada khalayak. Menurut Mohd Redzuan (2019), Hench pada tahun 2010 telah
               menyatakan bahawa propaganda adalah suatu bentuk percubaan untuk mempengaruhi seseorang
               terhadap tujuan tertentu – sasaran khalayak atau individu tertentu mampu mengalami perubahan sikap
               berdasarkan mesej yang diterimanya.

                      Dari sudut filem ini, terdapat pelbagai babak yang memaparkan dan memberikan mesej yang
               berkesan sebagai proganda dalam menerapkan pemikiran
                       Islam kepada khalayak. Misalnya, babak di antara Sakinah dan Abu Jar serta pengikutnya yang
               cuba mengugut Sakinah tetapi ditentang dengan berani oleh Sakinah demi mempertahankan akidah
               Islamnya, babak akhir ketika Ustaz Adam sedang hampir dibunuh oleh Abu Jar memaparkan kekuasaan
               dan keajaiban Allah terhadap perkara yang menimpa Abu Jar selanjutnya. Justeru, babak-babak ini telah
               memberikan mesej yang jelas bahawa sihir dan membawa ajaran yang terpesong serta sesat adalah
               perkara yang salah di sisi agama Islam – unsur propaganda menerusi babak-babak ini secara
               keseluruhannya berkesan dalam membawa pemikiran Islam kepada khalayak khususnya Muslim.

               Ideologi Sejarah Tempatan dan Patriotisme menerusi Mat Kilau (2022)
                       Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan merupakan sebuah filem biografik yang mengangkat seorang

               pejuang iaitu Mat Kilau di negara dalam menentang penjajahan. Secara jelasnya, tema yang cuba
               diangkat menerusi filem ini adalah perjuangan dan pengorbanan seorang pahlawan Melayu dalam
               menentang penjajahan terhadap tanah airnya. Ideologi sejarah dan patriotisme menerusi filem ini
               berupaya membentuk jati diri masyarakat sesebuah negara khususnya masyarakat MelayuMuslim di
               negara ini dalam mempertahankan tanah airnya. Menurut laman maya surat khabar tempatan The Star
               (2022), Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya
               memperbanyakkan filemfilem yang bercorak patriotik dan bersejarah untuk menguatkan serta
               meningkatkan semanagat perpaduan dan kenegaraan di kalangan rakyat Malaysia – dan filem Mat Kilau:
               Kebangkitan Pahlawan boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada industri perfileman negara.

                      Sejajar dengan itu, ideologi sejarah dan patriotisme yang dibawa oleh Syamsul Yusof menerusi
               naratif dan jalan cerita pada hampir setiap babak berjaya meningkatkan kesedaran khalayak terhadap
               perjuangan pejuang terdahulu. Menurut penulisan akhbar tempatan MalaysiaKini, Zulkifli (2022)
               berpandangan bahawa tidak mudah untuk mengimbangi antara fakta, kisah benar dan fiksyen menerusi
               aspek sesebuah filem sejarah namun Mat Kilau menjadi salah satu filem yang meletakkan tanda aras
               yang baru bagi industri perfileman tempatan.






               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 580 -
   588   589   590   591   592   593   594   595   596   597   598