Page 571 - Proceedings Collega2023
P. 571

Frasa nama yang boleh dikaitkan dengan lawatan ke tempat-tempat di atas ialah:

                       •  baju selesa (comfortable shirt/ dress/ attire/ clothes)
                       •  baju mahal (expensive shirt/ dress/ attire/ clothes)
                       •  baju murah
                       •  baju baru
                       •  pakaian kedah
                       •  baju cantik
                       •  baju ketat
                       •  baju longgar
                       •  seluar ketat
                       •  seluar longgar

                       Semasa mengenal pasti dan mempraktikkan frasa nama dalam aktiviti lawatan di luar kelas atau
               aktiviti melayari laman sesawang di dalam kelas, tenaga pengajar mahupun penutur asing itu sendiri boleh
               juga mengenal pasti ayat lengkap yang didasari oleh frasa nama. Namun, ayat yang dituturkan seharusnya
               ayat ringkas dan mudah bagi memfokuskan kepada penguasaan saiz kosa kata dan susunan kata mudah.
               Misalnya,  “Saya  pakai  baju  kurung.  Baju  ini  selesa.  Baju  selesa.”  Ketiga-tiga  ayat  mudah  ini
               mengimplementasikan kebudayaan dan rasa gembira (motivasi) kerana baju yang dipakai selesa dapat
               diterjemahkan dalam susunan kata ayat mudah. Penutur asing berasa gembira apabila setiap kosa dalam
               susunan  kata  yang  ingin  dituturkan  berjaya  dilengkapkan  dan  difahami  oleh  penutur  natif.  Hal  ini
               memerlukan respon daripada tenaga pengajar dan penutur natif dengan memberi respon yang positif dan
               jawapan  terhadap  perasaan  mereka  apabila  gembira  memakai  baju  kurung.  Situasi  ini  mengukuhkan
               motivasi mereka tentang frasa nama “baju selesa” tadi dan penutur asing tersebut diyakini akan terus
               mahu mencuba menuturkan frasa nama dalam susunan kata ayat mudah yang lain. Hal ini disokong oleh
               seorang penutur asing yang ditemu bual. Beliau mengatakan:

                       We need the simple word to know, to recognise, to pronounce and to use it (speak). Then,
                       we feel motivated if many phrase and word already strength in our mind.

                                     (Responden 3. Temu bual yang dilaksanakan pada 19 Oktober 2022)
               Frasa Nama berkaitan Rumah

                       Frasa nama berkaitan rumah pula boleh diperkenalkan dan ditekankan melalui kaedah yang
               sama, iaitu menunjukkan gambar, video dan audio di dalam kelas dan seterusnya lawatan di domain
               sebenar. Pembahagian masa di antara masa perkuliahan di dalam kelas dan di luar kelas perlulah
               dilakukan sebaik-baiknya oleh tenaga pengajar semasa menyediakan tetapan pendidikan dengan
               mengimplementasikan unsur kebudayaan. Hal ini selaras dengan model kajian Gardner yang mana
               menekankan tetapan pendidikan dan konteks kebudayaan mestilah disediakan sebelum bermulanya
               minggu awal kelas pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing. Kajian ini mencadangkan agar
               tetapan pendidikan dan implementasi kebudayaan termasuk unsur nahu, aktiviti di dalam dan di luar
               kelas dan bahan bantu mengajar perlulah dikemaskini setiap semester sekurang-kurangnya sebulan
               sebelum bermulanya minggu satu pada setiap semester. Hal ini sangat penting bagi memastikan hasil
               pembelajaran dalam penguasaan kosa kata dan ayat-ayat ringkas yang seharusnya dikuasai oleh penutur


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 558 -
   566   567   568   569   570   571   572   573   574   575   576