Page 570 - Proceedings Collega2023
P. 570

dipelajari. Dalam artikel di atas, frasa dalam konteks yang boleh digunakan dalam ayat mudah ialah Baju
               Kurung Pahang atau Kurung Pahang (mengekalkan frasa nama setelah dipadankan), kain songket (songket
               cloth), sebelah kanan (right side) dan bunga di kepala (flowers in the head/ head’s flower). Walaupun
               kebanyakan kebudayaan boleh diperolehi dalam bahasa Inggeris, namun peranan tenaga pengajar sangat
               penting  dalam  meyakini  bahawa  penggunaan  bahasa  Inggeris  hanyalah  untuk  mempercepatkan
               komunikasi intrapersonal dengan pelajar asing dan menarik minat melalui penceritaan dan penjelasan
               mengenai kearifan tempatan. Tumpuan adalah berfokuskan kepada penguasaan frasa nama. Hal ini selaras
               dengan temu bual terhadap salah seorang penutur asing yang terlibat dalam kajian ini. Beliau mengatakan:

                       If you want to know the Malay culture, you can find anything in English language. So, as
                       international student, learner Malay language, we feel no need to speak Malay. If all
                       things, we can get from English language, so that we need the teacher to organize what’s
                       the vocabulary and simple sentences to learn and memorise.

                                     (Responden 4. Temu bual yang dilaksanakan pada 15 November 2022)

                       Sehubungan  itu,  frasa  nama  yang  ingin  diperkenalkan  dan  ditekankan  haruslah  disenaraikan
               dengan  sebaik-baiknya  oleh  tenaga  pengajar.  Penyenaraian  frasa  nama  ini  adalah  melalui  kemahiran
               pengajaran dan pembelajaran oleh tenaga pengajar itu sendiri berdasarkan kefahaman terhadap kosa kata
               ayat mudah, kosa kata ayat panjang dan kosa kata ayat kompleks. Dalam konteks pembelajaran bahasa
               Melayu di Malaysia, fokus adalah pada kosa kata ayat mudah. Berdasarkan petikan, frasa nama dalam
               kategori susunan ayat mudah adalah frasa yang dihitamkan (bold) perkataannya, iaitu Kurung Pahang, kain
               songket, sebelah kanan dan bunga di kepala. Maka, ayat-ayat dalam artikel gambar 2 yang lain digunakan
               untuk penerangan oleh tenaga pengajar bagi mencapai objektif pembelajaran menguasai frasa nama.

                       Tenaga pengajar sangat digalakkan untuk membawa penutur asing ke tempat-tempat menarik dan
               domain sebenar bagi melihat sendiri frasa nama yang mereka pelajari. Antara tempat yang penutur asing
               dapat melihat dan merasai sendiri apa itu baju Melayu, baju kurung, cheongsam, sari, kain batik, kain
               pelikat dan sebagainya adalah seperti di bawah:

                       •  Muzium Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
                       •  Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
                       •  Istana Budaya, Kuala Lumpur, Malaysia
                       •  Malaysian Travel Information Complex (MaTiC), Kuala Lumpur, Malaysia
                       •  Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang, Malaysia


                       Sebelum penutur asing di bawa ke tempat-tempat berkenaan, tenaga pengajar perlu memastikan
               frasa nama ini diperkenalkan dan diceritakan terlebih dahulu sedikit sebanyak mengenai latar belakang
               pakaian tersebut. Hal ini penting bagi pengajaran formal dan tetapan pendidikan secara sistematik dan
               berfokus. Walaupun tetapan pendidikan menyasarkan penutur asing boleh bertutur dalam ayat perbualan
               asas, namun pemfokusan satu persatu golongan kata (kata nama/ frasa nama, kata kerja, kata adjektif dan
               kata tugas) dapat memastikan dan memantapkan penguasaan saiz kosa kata secara berperingkat dan
               terarah.




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 557 -
   565   566   567   568   569   570   571   572   573   574   575