Page 566 - Proceedings Collega2023
P. 566
Jadual 4 di bawah menunjukkan analisis menggunakan perisian SPSS. Nilai yang minimum dan
maksimum dalam kalangan lima orang penutur asing menunjukkan variabel golongan kata (GK1-GK4) lebih
menjurus kepada bersetuju dan sangat bersetuju terhadap kepentingan pembelajaran golongan kata
dalam memahami ayat bahasa Melayu. Variabel motivasi integratif (MOTIF1-MOTIF15) juga menunjukkan
nilai maksimum lebih menjurus kepada penutur asing yang lebih bersetuju dan sangat bersetuju bahawa
penekanan kepada motivasi integratif iaitu belajar bukan sekadar untuk lulus tetapi mahu memahami
kebudayaan dalam bahasa asing yang dipelajari.
Jadual 4
Analisis Minimum dan Maksimum bagi Keseluruhan Data GK dan MOTIF
GG G G G MO MO MO MO MO MO MO MO MO MO MO MO MO MO MO
KK K K K TIF TIF TIF TIF TIF TIF TIF TIF TIF TIF1 TIF1 TIF1 TIF1 TIF1 TIF1
1 1 2 3 4 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5
N Valid 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5
Missin 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
g
Minimu 1 1 2 4 2 4 5 1 2 2 2 4 4 4 5 2 2 5 4 5
m
Maximu 5 5 4 5 2 5 5 5 4 5 4 5 5 5 5 5 4 5 5 5
m
Dalam kaji selidik terhadap kelima-lima penutur asing dapat diperhatikan dalam Jadual 3 bahawa
terdapat penutur asing bersetuju terhadap bantuan unsur intralinguistik dan ekstralinguistik dalam
pembelajaran bahasa asing, dan sebahagian penutur asing yang lain tidak pasti dengan aspek
intralinguistik dan ekstralinguistik kerana tidak memahami apa yang mereka pelajari dan arah tuju.
Golongan ini hanya mahu lulus atau melepasi markah lulus sahaja dalam kursus bahasa Melayu. Fenomena
ini memerlukan tindakan dan tumpuan oleh tenaga pengajar bagi membimbing pembelajaran dengan
berperingkat mengikut tahap keupayaan dan mementingkan minat terhadap bahasa dan budaya Melayu
itu sendiri.
Frasa Nama berkaitan Pakaian
Frasa nama (tahap asas) yang boleh difokuskan oleh tenaga pengajar kepada penutur asing dalam
penceritaan berkenaan pakaian tradisional masyarakat Melayu dan Malaysia ialah:
• Baju Melayu
• Baju Kurung
• Baju Kebaya
• Baju Cheongsam / Cheongsam
• Baju Sari / Sari
• Kain batik
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 553 -

