Page 521 - Proceedings Collega2023
P. 521

Metodologi Kajian
                       Kajian  ini  menggunakan  kaedah  kualitatif  yang  merangkumi  kaedah  kepustakaan  dan  kaedah

               analisis teks dengan menggunakan konsep kearifan tempatan. Kajian kepustakaan melibatkan pembacaan
               dan pengumpulan bahan atau sumber yang berkaitan, iaitu tentang herba dan perubatan Melayu. Data-
               data daripada teks kajian terutamanya mengenai herba-herba yang diketengahkan dalam penceritaan
               dalam novel ini dikeluarkan, disenaraikan dan dianalisis. Di samping itu, sumber-sumber bacaan dan kajian
               yang lepas diteliti untuk dijadikan sebagai sumber sokongan dalam analisis kajian. Sumber utama yang
               digunakan terdapat dalam bentuk bertulis seperti koleksi persidangan, jurnal-jurnal, latihan ilmiah, kajian
               sarjana dan tesis yang telah dihasilkan sarjana tempatan dan juga sarjana barat. Kaedah analisis teks
               melibatkan pembacaan secara teliti terhadap teks kajian, iaitu novel dianalisis dengan memperlihatkan
               hubungan herba dengan kehidupan masyarakat.

               Kearifan Tempatan dan Herba

                       Flavier (2003, p.487 dlm. Muhammad Yusri Yusof @ Salleh & Mohd Anuar Ramli, 2020, p.179)
               mentakrifkan  kearifan  tempatan  adalah  pengetahuan  unik  yang  merujuk  kepada  budaya  sesebuah
               masyarakat.  Pengetahuan  ini  dijadikan  asas  kepada  masyarakat  dalam  membuat  keputusan  dalam
               pelbagai  aspek  seperti  pertanian,  penjagaan  kesihatan,  pengurusan  alam,  sumber-sumber  alam  dan
               pelbagai  aktiviti  yang  bersangkutan  dengan  masyarakat  lingkungan.  Menurut  Yin  (2002,  p.14  dlm.
               Muhammad  Yusri  Yusof  @  Salleh  &  Mohd  Anuar  Ramli,  2020,  p.179)  pula  kearifan  tempatan  adalah
               pengetahuan  yang  dipraktikkan  oleh  sesebuah  komuniti  yang  merupakan  hasil  pengalaman  generasi
               terdahulu. Dalam hal ini, kajian ini melihat herba sebagai kearifan tempatan bagi masyarakat Melayu.

                     Manusia sejak zaman berzaman telah menggunakan pelbagai jenis atau spesis tumbuhan sebagai
               sumber ubat-ubatan. Dalam hal ini, masyarakat Melayu juga tidak berkecuali menggunakan herba sebagai
               sumber ubat-ubatan tradisional mereka sejak dahulu hingga kini.  Terdapat banyak tumbuhan di sekitar
               penempatan mamsyarakat Melayu yang boleh dimanfaatkan untuk rawatan penyakit secara tradisional.
               Rawatan  penyakit  menggunakan  tumbuhan  herba  telah  digunakan  oleh  para  pengamal  perubatan
               tradisional  sejak  dahulu    lagi.  Malahan  penggunaan  herba  turut  mendapat  tempat  dalam  kalangan
               masyarakat India dan China.  Ulam-ulaman dan masyarakat Melayu juga tidak dapat dipisahkan kerana
               cara pemakanan ini merupakan salah satu rawatan herba untuk menjaga kesihatan secara berterusan,
               sekali gus untuk tujuan awet muda. Masyarakat Britain turut menggunakan herba sejak beratus-ratus
               tahun  dahulu,  iaitu  dari  zaman  raja-raja  dahulukala.    Hampir  setiap  istana  dilengkapi  tanaman  herba
               (Rukuyah Aman, 2015, p.xi). Oleh yang demikian, perkara ini memperlihatkan bahawa herba bukanlah
               suatu perkara yang asing dalam masyarakat.  Herba telah digunakan untuk rawatan penyakit dan juga
               sebagai ulam-ulaman dalam sajian makanan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman.

                     Herba merupakan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan
               dan baunya.  Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Herba juga
               dikaitkan  dengan  rawatan  akibat  gangguan  makhluk  halus  yang  tidak  kelihatan  secara  mata  kasar.
               Bahagian  hijau  tumbuhan  herba  (daunnya)  digunakan  secara  meluas  dalam  pelbagai  bidang.  Namun,
               perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagin lain tumbuhan herba
               digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana
               bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba.  Oleh itu, secara am bermaksud
               semua jenis tumbuhan yang mana bahagiannya termasuk daun, batang, buah, kulit batang akar, atau pun
               bunga mempunyai nilai perubatan, makanan (kesihatan dan tambahan), pewangi dan industri bau-bauan
               dan  kosmetik  dan  toiletries.  Tanaman  herba  terdiri  dari  kategori  tumbuhan  hiasan,  tumbuhan  liar,
               tanaman     ubatan,    ulaman     dan    rempah     (Jabatan    Pertanian    Malaysia,   2016,


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 508 -
   516   517   518   519   520   521   522   523   524   525   526