Page 522 - Proceedings Collega2023
P. 522

http://www.doa.gov.my/index/resources/aktiviti_sumber/sumber_awam/maklumat_pertanian/perangk
               aan_tanaman/perangkaan_herba_rempah_ratus_2016.pdf).

                     Pembangunan industri  herba di Malaysia pada ketika ini aktif mempromosikan tiga sektor utama
               ekonomi  iaitu  pertanian,  pelancongan  dan  pembuatan.  Pertumbuhan  dalam  industri  herba  sangat
               berpotensi untuk menambahkan pembangunan sektor pertanian dan perkilangan Sabah,sebanyak 1,250
               spesies dianggarkan telah dikenal pasti nama saintifiknya dan mempunyai nilai perubatan. Tumbuhan
               ubatan  ini  digunakan  untuk  industri  fitoperubatan,  kosmetik,  perasa,pewangi,  farmaseutikal  dan
               nutraseutikal. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa  80 peratus daripada
               penduduk dunia bergantung  kepada ubatan herba. Trend herba sedunia  menunjukkan bahawa rawatan
               herba memasuki kategori rawatan tambahan pada tahun 1970 hingga 2000 (Portal Rasmi Kementerian
               Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, 2017 http://www.moa.gov.my/web/guest/herba). Kini hampir
               setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus
               atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan, turut
               mengandungi bahan herba.  Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, tetapi
               boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat
               untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi.
               Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang
               tinggi dan tepat (Tumbuhan herba, 11 Ogos 2017, https://ms.wikipedia.org/wiki/Tumbuhan_herba).

                     Secara rumusannya, herba merupakan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat untuk
               kesihatan  manusia.  Herba  menjadi  kegunaan  perubatan  dalam  masyarakat  Melayu  khususnya  dan
               masyarakat dunia amnya.  Rawatan menggunakan herba juga merupakan satu rawatan alternatif dalam
               merawat penyakit manusia.

               Dapatan Kajian

               Herba sebagai Sumber Ekonomi
                       Manfaat  tumbuhan  herba,  khususnya  dalam  perubatan  serta  makanan  dan  haruman,  sudah
               terbukti menerusi pelbagai kajian saintifik yang dilakukan oleh penyelidik tempatan mahupun luar negara.
               Justeru, tidak menghairankan apabila pada tahun 2011, industri herba diiktiraf sebagai sumber baharu
               pertumbuhan  ekonomi  negara  dengan  kerajaan  mengklasifikasikan  tumbuhan  itu  sebagai  komoditi
               pertanian  berpotensi  di  bawah  Bidang  Ekonomi  Utama  Negara  (NKEA).  Malah,  data  Kementerian
               Pembangunan Usahawan dan Koperasi menunjukkan industri itu yang bernilai RM17 bilion pada 2013,
               diunjur bertumbuh antara lapan dan 15 peratus setahun untuk mencecah RM32 bilion menjelang 2020.
               Di  negara  ini,  antara  penemuan  terbaharu  berkaitan  tanaman  herba  ialah  khasiat  mengkudu  dalam
               merawat kanser kolorektal (CRC), hasil kajian sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) yang diketuai
               oleh  Prof  Madya  Dr  Nurshamimi  Nor  Rashid,  pensyarah  kanan  di  Jabatan  Perubatan  Molekul,  Fakulti
               Perubatan (Bernama, 12 April 2022). Daripada kenyataan ini jelas memperlihatkan herba yang menjadi
               tanaman tradisi masyarakat Melayu turun temurun sudah menjadi semakin mendapat perhatian pada
               masa kini. Kenyataan tersebut memperlihatkan herba semakin mendapat tempat dalam ekonomi negara
               dan turut dikomersialkan.

                       Dalam novel Herba Legasi Bonda, herba-herba di dalam hutan berdekatan rumah digunakan oleh
               Nek Sal dan Dahlia sebagai sumber utama mata pencarian mereka. Dalam novel ini diperlihatkan akan
               kepentingan herba sebagai sumber ekonomi bagi masyarakat desa. Herba-herba yang dijual ini dapat
               menampung kehidupan mereka. Setiap hari mereka akan mengutip dan mengumpul hasil-hasil herba yang
               dikutip dan dikumpulkan diari hutan untuk dijual di pekan.




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 509 -
   517   518   519   520   521   522   523   524   525   526   527