Page 51 - Proceedings Collega2023
P. 51
Pendahuluan
Masyarakat Melayu, tari menjadi sebuah kegiatan untuk mengungkapkan keinginan dan ekspresi
masyarakat. Dalam kehidupan manusia, tari merupakan upacara tradisi kerana memiliki makna tertentu
dalam sesebuah tarian. Perkembangan pemikiran dan kehidupan manusia serta berubahnya selera
masyarakat dalam berkesenian akan melahirkan pelbagai jenis tari. Tari bersifat hiburan, pergaulan
termasuk upacara keagamaan. Dari berbagai jenis tarian yang dimiliki oleh masyarakat Melayu di selatan
Thailand, salah satu tarian yang ditampilkan ialah tarian Tari Inai. Tarian ini menjadi seni persembahan
yang terdapat hanya di kampung Kayu Kelat, daerah Weang, wilayah Naratiwat, Thailand. Persembahan
ini kebiasaannya diadakan dalam upacara perkahwinan, majlis berkhatan, majlis ulang hari keputusan
pemerintahan negeri.
Latar Belakang Kawasan Kajian
Tarian Tari Inai merupakan salah satu tarian khas di masyarakat Melayu di kampung Kayu Kelat,
daerah Waeng, wilayah Naratiwat. Kampung Kayu Kelat adalah salah satu kampung yang terletak di
kawasan hutan hujan. Menurut cerita orang dahulu, kawasan kampung Kayu Kelat pada zaman dahulu
adalah kawasan hutan belantara dan terdapat hanya kampung kecil-kecil sahaja sekitar kawasan tersebut.
Selain itu, terdapat banyak pokok yang dinamakan ‘kayu kelat’. Pokok-pokok tersebut selalunya ditebang
untuk membina rumah dan sebagainya. Oleh kerana banyak pokok kayu kelat, kampung ini turut
dinamakan kampung Kayu Kelat. Kampung Kayu Kelat sekarang terletak lebih kurang enam kilometr dari
pekan Waeng dan tidak jauh dari pekan Sungaikolok sempadan negeri Kelantan, Malaysia.
Kajian Lepas
Tari Inai adalah salah satu jenis persembahan yang masih wujud di selatan Thailand. Jika tidak
diwarisikan Tari Inai mungkin akan hilang pada suatu hari nanti. Hasil penelitian dalam literatur yang
berkaitan menunjukkan bahwa kajian tentang keterlibatan dalam pengelolaan kebudayaan lokal belum
tersebar luas. Selain itu, penelitian yang telah dilakukan sebagian besar hanya berfokus kepada
keterlibatan individu dalam mempelihara budaya, tanpa melihat lebih jauh terhadap sumber daya yang
sudah di tempatan. Penelitian yang memberikan perhatian yang memadai kepada pilar-pilar utama
dalam melestarikan, dan menghidupkan kembali budaya tempatan masih kurang. Perkara tersebut
adalah titik lemah yang sangat signifikan dalam upaya pengembangan budaya Wilayah Sempadan Selatan
Thailand.
Kajian Pengurusan Budaya: Kajian Kes Lagu ‘Naa’ di wilayah Chumpon yang dikaji oleh Wimolsri
Phutphetkeaw (2008) menunjukkan bahawa lagu 'Naa' adalah lagu tradisional yang telah popular sejak
zaman purba di Negeri Chumphon. Lagu ini awalnya digunakan untuk hiburan semasa musim menuai
padi di ladang-ladang padi. Namun, kemudian ia menjadi lagu yang dinyanyikan tanpa mengira tempat
dan peluang, seperti semasa perayaan Songkran, upacara keagamaan, perayaan rumah baru, tahun baru,
perkahwinan, dan bahkan dalam upacara kematian. Dalam nyanyian lagu 'Naa', biasanya terdapat dua
penyanyi, tetapi jika lebih dari dua penyanyi, mereka akan membentuk pasangan, biasa tidak melebihi
empat orang atau dua pasangan. Setiap pasangan akan memiliki seorang "ibu lagu" atau "pemimpin"
yang bertanggungjawab untuk menyanyikan lagu, dan seorang "penerima" atau "penjawab" yang
menjawab. Jika hanya ada satu pasangan, mereka biasanya akan menyanyikan lagu-lagu bertemakan
pujian atau lagu cinta. Namun, jika ada dua pasangan, mereka biasanya akan menyanyikan lagu-lagu
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 38 -

