Page 55 - Proceedings Collega2023
P. 55
Berdasarkan data yang dikumpul didapati bahawa pemimpin semula jadi pula merupakan
individu yang dihormati oleh penduduk masyarakat oleh kerana mereka mempunyai ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan pusaka nenek moyang mereka. Selain daripada itu, mereka juga mempunyai visi
yang luas dalam memulihara seni persembahan Tari Inai. Pemimpin semula jadi juga berperanan sebagai
penasihat dan orang tengah yang membantu proses penyelasaian masalah ketidakfahaman antara
penduduk dengan pihak yang tidak memahami tujuan persembahan Tari Inai. Pemimpin semula jadi akan
menerima aduan dari pihak penduduk dan juga penganjur lalu mengemukakannya kepada ketua
kampung yang merupakan pemimpin pemerintahan untuk mencari jalan penyelesaian seterusnya.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pemimpin agama, didapati bahawa pemimpin agama
berperanan penting dari segi memupuk semangat, menambahkan pengetahuan dan memberi kefahaman
yang betul dan nasihat yang bernas dalam melaksanakan tuntutan agama. Walau kumpulan pemimpin
agama tidak banyak melibatkan diri untuk menyokong persembahan Tari Inai tetapi tidak pernah
memberi kata larang dalam melaksanakan persembahan tersebut.
Manakala maklumat yang diperolehi dari pemimpin tempatan pula, didapati bahawa persatuan
belia yang disokong kuat oleh seorang bekas guru Pusat Pendidikan Tidak Rasmi, Mukim Kayu Kelat,
sekarang bertugas sebagai Pegawai Kemajuan Mukim adalah persatuan yang berperanan kuat dalam
membangkitkan seni persembahan Tari Inai ini.
Persatuan belia telah memandang berat bahawa kepupusan persembahan tari Inai mungkin
berlaku pada suatu hari jikalau mereka tidak bersungguh memulihara dan mewarisi pusaka nenek
moyang mereka. Persatuan belia yang terdiri daripada remaja-remaja dari semua kampung di Mukim
Kayu Kelat akan berkumpul dan mempelajari persembahan Tari Inai dari guru yang bertauliah.
Selain daripada dapat menjaga seni kebudayaan tempatan, kumpulan belia ini juga
berkesempatan mengenali satu sama lain sehingga mengeratkan lagi tali persaudaraan di antara mereka.
Manakala pendapat ibu bapa bagi remaja yang melibatkan diri dalam seni persembahan Tari Inai amat
bangga terhadap anak-anak mereka yang dapat melatihkan diri dengan seni persembahan tersebut
terutamanya remaja-remaja tersebut dapat menghindari dari najis dadah. Walaupun pada mulanya, ibu
bapa remaja-remaja ini sangat bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka oleh kerana gaya-gaya
persembahan Tari Inai yang kadang-kadang amat bahaya terhadap fisikal, tetapi dengan kemahiran guru,
mereka dapat melatihkan dengan cara-cara yang betul. Waktu untuk melakukan latihan Tari Inai ini
adalah pada waktu malam oleh kerana pada siang hari masing-masing mempunyai tugas seperti
bersekolah dan bekerja mencari rezeki.
Berdasarkan penelitian yang dilakukan, setiap lapisan masyarakat di Mukim Kayu Kelat ingin
sokongan yang berbentuk perbelanjaan dari setiap kumpulan pemimpin demi untuk memulihara seni
persembahan Tari Inai selain daripada sokokngan moral. Perbelanjaan yang didapati sekarang adalah
daripada wang yang diberi oleh penganjur yang sudi menjemput kumpulan Tari Inai membuat
persembahan pada majlis mereka. Selain daripada itu, semua kumpulan pemimpin mesti memberi
sokongan yang kuat pada setiap segi demi untuk menjaga dan menyebarkan lagi seni persembahan ini di
selatan Thai.
Kesimpulan
Tari Inai merupakan satu-satunya seni persembahan atau tarian tradisi Melayu yang masih wujud
dan digerakkan pada hari ini di Selatan Thailand. Penglibatan pemimpin-pemimpin empat kumpulan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 42 -

