Page 56 - Proceedings Collega2023
P. 56
dalam menyokong dan menguruskan seni persembahan Tari Inai adalah amat penting. Dalam konteks ini,
setiap lapisan masyarakat di Mukim Kayu Kelat bukan sahaja memerlukan sokongan moral, malah
menghendaki juga bantuan kewangan dari setiap kumpulan pemimpin tersebut dalam usaha untuk
memelihara dan memulihara seni persembahan Tari Inai. Sekiranya seni ini tidak dipulihara dan
disambung tradisinya, suatu hari nanti ia mungkin akan pupus dan tidak akan dikenali lagi oleh generasi
akan datang.
Perbincangan
Berdasarkan kajian, seni tarian tradisional dapat mencerminkan arah tujuan dalam
memperkukuhkan kerja sama penduduk dan pemimpin-pemimpin dalam masyarakat. Oleh itu,
pembangunan kerja sama pihak pertadbiran dan penduduk tempatan dalam pelaksanaan kerja sama
sama ada dari perspektif oraganisani rasmi mahupun bukan rasmi amat penting. Sehubungan dengan itu,
asas pendidikan generasi muda perlu disokong oleh keluarga dan masyarakat kerana generasi muda akan
mengambil alir peranan demi membina masyarakt yang kukuh dan berkembang dalam pelbagai aspek
pada masa akan datang.
Cadangan
Kajian ini didapati bahawa peranan penting dalam penyertaan empat kumpulan utama dalam
pengurusan pemuliharaan budaya tempatan: satu kajian kes "Tari Inai" di Kampung Kayu Kelat, Daerah
Waeng, Negeri Narathiwat, bergantung pada empat kumpulan utama yang kebanyakannya adalah lelaki,
namun masih belum mencerminkan peranan wanita dalam penyertaan komuniti. Oleh itu, untuk kajian
penyelidikan seterusnya, perlu mengkaji peranan wanita dalam pemulihan budaya tempatan pada masa
akan datang.
Penghargaan
Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan Geran Jabatan Promosi
Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan 2002
Bibliografi
Dolmanaj, dkk. (2001). Kan Serksa Withi Chiwit Khong Yauwachon Thai Muslim Peua Serm Sang Santisuk
Nai Sam Changwat Chai Dean Phak Tai (Kajian kehidupan Muslim Thai untuk membangunkan
keamanan di Wilayah Sempadan Selatan Thailand, Universiti Prince of Songkhla: Pattani.
Prawet Wasi.(1979). Kra Buan Tat Mai Nai Kan Phattana Pra Tet Thai Thong Thin Kim Kheng (Proses
Membangunkan Negara Thailand, Kekuatan tempatan). Yayasan Kesihatan Kebangsaan:
Bangkok.
Putri, Debby Yolanda (2016). MAKNA TARI INAI PADA MASYARAKAT MELAYU DESA PEKAN LABUHAN KOTA
MEDAN. Undergraduate thesis, UNIMED.
Tawithong Hongwiwat. (1984). Kan Mi Suan Ruam Khong Pra Cha Chon (Penyertaan Rakyat). Pusat Kajian
Kesihatan Awam: Universiti Mahidol.
Siti Qomariah, Hasan Sazali & Abdul Karim Batubara (2021). Tari Inai: Identitas Budaya Masyarakat Desa
Kuala Bangka, Kabupaten Labuhanbata Uatara. Jurnal of History and Cultural Hertiage. Vol
2(1)
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 43 -

