Page 46 - Proceedings Collega2023
P. 46

Perkaitan Kepercayaan dan Amalan Pemakanan Berpantang dengan Kearifan  Lokal/ tempatan

                       Kepercayaan  bahawa  amalan  berpantang  boleh  meningkatkan  kesihatan  diri  didapati  telah
               membentuk pola pemilihan makanan oleh responden yang turut menepati pengetahuan  tempatan yang
               telah  dikumpul  dan  diuji  berdasarkan  pengalaman  masyarakat  Melayu  sejak  zaman  berzaman.
               Masyarakat  Melayu  didapati  mempunyai  pengetahuan  yang  mendalam  mengenai  rempah-ratus  dan
               herba  yang  boleh  diambil  bersama-sama  set  makanan  harian  kerana  mereka  percaya  ia  bertujuan
               meningkatkan pemulihan selepas bersalin. Rempah ratus seperti kunyit, halia, kencur dan cekur serta
               jamu digunakan secara meluas oleh wanita ketika berpantang  dianggap boleh membantu menguatkan
               tubuh (memberi tenaga)  dan meningkatkan  sistem imunologi wanita. Kepercayaan akan keberkesanan
               penggunaan herba dan  rempah ratus ini adalah berdasarkan pengalaman individu dan cerita dari mulut
               ke mulut sebagai warisan. Setiap pengalaman individu adalah berbeza-beza mengikut kesesuaian dengan
               rempah ratus dan herba yang diambil.  Kasus ini membuktikan bahawa budaya pemakanan ketika wanita
               berpantang  terhasil  berdasarkan  kebijaksanaan  individu  dan  masyarakat  Melayu  dahulu  dalam
               meneruskan kelangsungan kehidupan mereka bergantung situasi dan kawasan yang diwakili. Hal ini ada
               dinyatakan oleh Mohd Anuar Ramli dan Mohammad Aizat Jamaludin (2012) bahawa budaya pemakanan
               sesuatu masyarakat  adalah bersifat relatif, iaitu berbeza mengikut latar belakang persekitaran, iklim dan
               geografi  bagi  sesuatu  kawasan.  Namun  sehingga  ke  hari  ini,  pengamalannya  tidak  pernah  memberi
               kemudaratan malah mempunyai banyak khasiat dalam membantu kesihatan wanita  secara menyeluruh
               dalam  aspek memberi ketahanan kepada tubuh daripada serangan penyakit, manfaat kepada bayi yang
               menyusu, kecantikan diri dan pengurusan diri sepanjang tempoh berpantang. Justeru, pengetahuan dan
               pemahaman dalam aspek pemakanan rempah ratus dan herba ini didapati telah menjadi ciri kearifan lokal
               yang sangat signifikan dalam penjagaan kesihatan wanita berpantang sejak berabad lamanya.

                       Pengaruh  budaya  dan  tradisi  dalam  kehidupan  orang  Melayu  -  kepercayaan  bahawa
               mengurangkan  pengambilan  kuantiti  air  boleh  mengelakkan  perut  buncit/gemuk,  meningkatkan  susu
               badan dan mengelakkan bayi menghidap demam kuning/panas memperlihatkan penghargaan terhadap
               nilai-nilai budaya dan peranan ibu dalam keluarga dan masyarakat Melayu. Penggunaan rempah ratus
               dalam makanan berpantang juga merupakan sebahagian daripada tradisi keluarga yang diwarisi sejak
               turun temurun. Ibu atau nenek biasanya yang akan mengajar cara-cara memasak hidangan kepada wanita
               berpantang. Kearifan lokal dimanifestasikan melalui pematuhan pada nasihat dan panduan yang diberikan
               oleh  ahli  keluarga,  terutamanya  ibu  sepanjang  tempoh  berpantang  yang  membuktikan  responden
               menghargai  peranan  mereka.  Omar  (2014)  seperti  yang  dipetik  dalam  Noor  Hasimah,  Nor  Hawani,
               Yuzainizam,  dan  Sabariah  (2015)  mengatakan  bahawa  masyarakat  Melayu  dahulu  kala  juga  bijak  dan
               kreatif  menyusun  ayat  dan  perkataan  sehinggakan  anak  cucu  bimbang  untuk  melanggarnya,  malah
               menurutinya tanpa banyak bicara. Kearifan lokal di sini membuktikan bahawa masyarakat Melayu masih
               mempunyai berpegang pada budaya dan tradisi yang kukuh dalam menjalani kehidupan mereka.

                       Penekanan  kepada  kesihatan  dan  kesejahteraan  individu  -  dalam  konteks    budaya  Melayu
               kepercayaan terhadap gejala bentan dan angin meroyan ditemui dalam jawapan respondan IP dan IL.
               Melalui  amalan  pemakanan  herba  dan  jamu,  mereka  percaya  ia  dapat  mempercepatkan  proses
               pemulihan dalaman, mengawal nafsu/selera makan dan dapat menjaga kesihatan diri serta bayi. Bayi yang
               sihat akan memudahkan pengurusan hariannya, maka si ibu juga dapat berehat dengan tenang, kesihatan
               mental dan fizikal terjaga sekali gus mengelakkan angin meroyan dan bentan. Razanah Ramya et. al (2022)
               mengatakan para bidan percaya bahawa sebelum dan selepas bersalin merupakan rawatan paling penting
               pada wanita untuk memastikan mereka dapat mengatasi keadaan emosi dan fizikal serta menstabilkan


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 33 -
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51