Page 53 - Proceedings Collega2023
P. 53

Maka, tanda ini tidak bisa dianggap ringan. Calon pengantin akan diantar pemahaman dan kesadarannya
               untuk memasuki ruang hidup yang baru. Ruang yang jauh berbeda dengan yang dijalaninya selama ini.
               Melalui tari menghadap inai, calon pengantin diberi pengertian yang dalam tentang akan adanya
               perubahan hidupnya. Suatu perubahan yang harus dilaluinya dengan penuh hati-hati, dengan menjaga
               amanah keluarga sebagaimana yang tersirat dalam persembahan tari menginai pengantin

               Ojektif Kajian
                       Penelitaian ini memfokuskan mengenai sejarah warisan Tari Inai di Kampung Kayu Kelat, daerah
               Waeng, Wilayah Naratiwat. Selain itu, penelitian ini turut menyentuh usaha-usaha untuk membaik pulih
               seni tarian yang diwarisi turun temurun demi menempuhi arus zaman globalisasi.

               Metodologi Kajian
                       Penelitian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang terdiri daripada kaedah kepustakaan dan
               kaedah lapangan. Kaedah kepustakaan digunakan untuk mencari latar belakang sejarah, manakala
               melalui kaedah lapangan, pengkaji menggunakan teknik temu bual. Daripada kajian kepustakaan,
               maklumat penting tentang seni Tari Inai juga diperoleh dengan membuat rujukan khusus terhadap kajian
               lepas.Untuk kaedah lapangan, pengkaji memilih sepuluh orang informan yang berasal daripada kawasan
               kajian iaitu penduduk di kampuang Kayu Kelat, daerah Weang, Wilayah Narathiwat dan pemimpin-
               peminpin di kawasan tersebut.


               Dapatan Kajian
                        Sejarah persembahan Tari Inai yang tersebar di kawasan selatan Thai dapat disusurgalurkan
               melalui persembahan tradisional rakyat Thai bahagian selatan yang dinamakan Manora. Seorang
               mahaguru seni persembahan Manora telah menyebarkan seni persembahan tersebut ke tanah Melayu
               dan bertemu dengan karibnya yang bernama Dekar. Pertemuan dan pertukaran pengetahuan dan juga
               pengalaman di antara dua orang mahaguru ini telah tercetus ilham Dekar untuk mengubahsuaikan
               persembahan Manora dengan persembahan Dekar sehingga menjadi seni persembahan baru yang
               bernama Tari Inai. Persembahan Tari Inai ini kebiasanya diadakan pada majlis perkahwinan, majlis
               berkhatan, majlis ulang hari keputeraan pemerintah negeri.
                       Pembawa masuk seni persembahan Tari Inai yang dicampuradukkan di antara seni kebudayaan
               Melayu dan Thai di kawasan selatan Thai adalah seorang pengembara yang mempunyai keahlian dalam
               bidang persembahan Tari Inai, Yakkub Awaesae dari negeri Kelantan. Mengikut data yang diperolehi
               daripada pemimpin mukim, pada tahun 1873, tujuan kedatangan Yakkub Awaesae adalah untuk mencari
               saudaranya di Mukim Kayu Kelat, dareah Waeng, Wilayah Narathiwat. Kedatangan Yakkb ini tidak mensia-
               siakan kerana beliau telah mengajar seni persembahan Tari Inai kepada empat orang muridnya. Sejak itu,
               persembahan Tari Inai telah menjadi seni persembahan yang masyhur dan  membawa kebanggaan
               kepada penduduk mukim tersebut. Walau kadang kala, terdapat juga zaman kemunduran Tari Inai oleh
               sebab tidak dapat mencari penerima waris pusaka tetapi sekarang Tari Inai telah mendapat nafaz baru
               untuk disebarkan.
                       Perkara yang sangat menarik dalam persembhan Tari Inai di selatan Thai iaitu di antara murid-
               murid Dekar seramai empat orang itu, hanya seorang sahaja iaitu Mohammad Yakkub yang mengajarkan
               Tari Inai kepada remaja-remaja yang minat. Mohammad Yakkub memberitahu bahawa beliau sendiri
               tidak melakukan Tari Inai sehingga 22 tahun dan kembali melakukan setah diminta oleh seorang penazar


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 40 -
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58