Page 54 - Proceedings Collega2023
P. 54

untuk melakukanya. Persembahan Tari Inai ini mesti dimulai dengan upacara memberi penghormatan
               kepada bekas guru-guru. Pada awalnya, penari Tari Inai kesemuanya adalah lelaki tetapi kini diberi tugas
               kepada wanita. Manakala kumpulan lelaki akan bersilat. Latihan persembahan Tari Inai ini mesti dilakukan
               di bawah jagaan guru kerana terdapat juga gaya-gaya yang bahaya dan menggunakan masa yang pajang
               selama 100 hari dalam mempelajari dan melatih setiap agaya.
                       Bagi aspek sejarah, Tari Inai merupakan gabungan seni budaya Islam dan Buddha, penduduk asli
               telah menyatakan bahawa sebelum pertunjukan Tari Inai berasal dari negeri Kelantan, Malaysia.
               Kemudian disebar ke kampung Kayu Kla, Daerah Waeng, Negeri Narathiwat pada tahun 2416 Budiah oleh
               seorang guru seni pertunjukan Tari Inai yakni Tuan Yakopa Awaesa atau Pa'anikop Bersama  dengan
               seorang penduduk asli dari Kelantan. Mereka datang ke kampung Kayu Kelat untuk mengunjungi keluarga
               mereka. Pada kunjungan tersebut, mereka mengajarkan seni Tari Inai kepada empat orang murid. Setelah
               itu, Tari Inai menjadi sangat dihormati di tempat itu dan terus diwariskan hingga kini.
                       Untuk proses pengajaran, pelatih akan berlatih di rumah. perlatihan akan berlangsung setiap hari
               selama 1-2 jam. Tarian Tari Inai mempunyai pelbagai prosedur. Prosedur tarian melibatkan penghormatan
               kepada guru dengan dua jenis penghormatan, yang panjang dan pendek, serta tarian melingkar (syadom)
               yang melibatkan gerakan berbentuk bulatan. Mereka juga melakukan gerakan dalam bentuk rangkaian
               dan gerakan melangkah dengan perlahan sebelum menyelesaikan penghormatan kepada guru. Gaya
               yang amat sukar dalam tarian tersebut ialah gaya jambatan. Penari yang dapat melakukan gaya ini dan
               berkemampuan memungut wang di lantai dengan menggunakan bibir mulut. Asal usul persembahan ini
               dinamakan persembahan Tari Inai oleh kerana persembahan ini pada awalnya dipersembahkan di depan
               pengantin sesudah upacara memakai inai untuk menghiburkan pengantin baru atau yang dipanggil
               malam berinai.

               Pemuliharaan Seni Warisan Melayu
                       Proses penglibatan pemimpin-pemimpin empat kumpulan yang terdiri daripada pemimpin
               semula jadi (para cendikiawan kampung), pemimpin tempatan (persatuan belia), pemimpin
               pemerintahan (pegawai kerajaan) dan pemimpin agama (Imam) dalam menyokong dan menguruskan
               seni kebudayaan Tari Inai adalah amat penting. Mereka menganggapkan bahawa komuniti yang didiami
               oleh mereka adalah satu keluarga yang mesti dibantu antara satu sama lain. Walau setiap kali diadakan
               persembahan Tari Inai, pemimpin agama tidak mengahadiri untuk menyaksikannya, tetapi dengan tidak
               terdapat kata-kata larang dari pemimpin agama, itu sudah cukup difahami sebagai salah satu pemberian
               sokongan.
                       Mengikut maklumat yang didapati, pemimpin pemerintahan yang merupakan pegawai
               pentadbiran tempatan merupakan kumpulan pemimpin yang memberi sokongan tertinggi berbanding
               dengan kumpulan pemimpin-pemimpin lain. Peranan kumpulan pemimpin pemerintahan terhadap
               sokongan dan pemuliharaan seni persembahan Tari Inai berlaku dalam bentuk pemberian kemudahan-
               kemudahan asas yang diperlu oleh masyarakat. Manakala perbelanjaan dalam sesebuah kumpulan
               persembahan Tari inai, pemimpin pemerintahan akan bersepakat dengan kumpulan persatuan belia
               dalam mencari dana perbelanjaan yang diperlu. Berdasarkan penelitian yang dibuat, kumpulan persatuan
               belia ini merupakan kumpulan yang sangat aktif lagi diberi harapan tinggi sebagai tunas baru dalam
               proses pemuliharaan seni persembahan Tari Inai.




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 41 -
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59