Page 52 - Proceedings Collega2023
P. 52

pertukaran atau "lagu perang," yang melibatkan tanggapan atau jawapan antara kedua pasangan. Proses
               ini memerlukan ketajaman intelektual dan kecerdasan dari penyanyi, kerana mereka harus mencari
               kelemahan atau kesalahan lawan mereka dan menjadikan mereka sebagai subjek dalam nyanyian
               mereka. Nyanyian lagu 'Naa' adalah berbentuk improvisasi dan tidak ada musik yang menyertainya.
               Selain itu, keturunan yang mewarisi dan mempertahankan seni pertunjukan lagu nā semakin langka,
               generasi penerus tidak memiliki minat dan tidak memberikan perhatian yang cukup untuk meneruskan
               tradisi ini.
                       Wacharin Darongkun (2008) yang mengkaji mengenai ‘Partisipasi Rangkaian Budaya dan
               Komuniti dalam Pengurusan Budaya: Kajian Kes Pemindahan Muzik Tradisional 'Galo' di wilayah Yala.’
               Hasil kajian menunjukkan bahawa muzik tradisional 'Galo' memainkan peranan penting dalam
               masyarakat di kampung Yupo, Daerah Yupo, Negeri Yala. Muzik tradisional 'Galo' membangkitkan rasa
               bangga dalam masyarakat di kawasan tersebut kerana ia adalah satu-satunya muzik tradisional yang
               masih ada di Negeri Yala. Penduduk kampung Yupo yang menyedari dan menghargai muzik ini telah
               memutuskan untuk menyebarkan warisan budaya ini sendiri, atau melalui pengetahuan yang mereka
               terima dari keluarga mereka. Muzik ini dianggap sebagai muzik kelas tinggi kerana ia digunakan untuk
               mempersembahkan dalam upacara pemakaman Buddha pada zaman dahulu. Muzik tradisional 'Galo' ini
               adalah ciri unik yang tidak dapat disamai dengan muzik jenis lain. Jika sesiap dapat mewarisi muzik ini
               dan menyelarasinya dengan komuniti, maka ini adalah satu cara untuk mewarisi warisan budaya yang
               berharga dan meneruskan semangat leluhur, menjadikannya sebagai suatu yang ajaib, serta
               menghadirkannya dalam komuniti sepanjang masa."
                       Selain kajian di Thailand, terdapat juga seni tarian Tari Inai di Indonesia. Siti Qomariah (2021)
               mengkaji  terhadap  seni  tarian  di  Indonesia.  Kajiannya  membincangkan  Tarian  Inai  di  Kampung  Kuala
               Bangka,  Daerah  Labuhanbatu  Utara.  Tarian  Inai  merupakan  tarian  khas  daripada  komuniti  Melayu
               Labuhanbatu  Utara  yang  biasanya  dilakukan  dalam  perarakan  perkahwinan.  Kajian  ini  menggunakan
               kaedah sejarah dalam empat langkah penulisan, iaitu; heuristik, pengesahan atau kritikan, interpretasi,
               dan  historiografi,  dengan  pendekatan  budaya.  Dalam  sejarahnya,  tidak  diketahui  bila  dan  siapa  yang
               membawa  Tarian  Inai  ke  Kampung  Kuala  Bangka.  Walau  bagaimanapun,  mengikut  beberapa  sumber,
               tradisi ini telah diamalkan oleh komuniti Melayu dalam kampung ini sejak lama. Tarian Inai adalah tarian
               yang berasal dari akulturasi budaya tempatan dengan budaya Arab (Islam). Tarian ini biasanya dilakukan
               oleh tiga penari yang akan bergilir-gilir menarikan tarian ini. Tarian Inai dilakukan semasa prosesi tepung
               gandum. Tarian ini dilakukan di depan pengantin lelaki dan perempuan, selain daripada menjadi hiburan
               untuk kedua-dua pengantin, ia juga sebagai penghormatan kepada mereka sebagai raja atau ratu sehari.
                       Tambahan lagi dengan penelitian yang dihasilkan oleh Putri, Debby Yolanda (2016) yang mengkaji
               mengenai makna Tari Inai pada masyarakat Melayu Desa Pekan Labuhan Kota Medan. Kajiannya
               menyatakan bahawa Tari Inai dapat menggambarkan rasa syukur terhadap pengantin yang akan
               menjalankan rumah tangga baharu. Tari ini diiringi musik yang akan dimain ny melalui alat alat yang
               dibutuhkan di Desa Pekan Labuhan Kota Medan. Sampel dalam penelitiannya adalah dua orang ketua
               adat. Teknik pengumpulan data meliputi observasi, wawancara, studi kepustakaan dan dokumentasi.
               Berdasarka hasil penelitian yang dilakukan dapat diketahui bahwa secara keseluruhan makna yang
               terdapat dalam tari Inai melambangkan rasa kebahagiaan keluarga pengantin terhadap pengantin yang
               akan melakukan pernikahan. Tari Inai adalah memberi pemahaman dan kesadaran bagi calon pengantin
               bahwa ia akan diberi tanda yang akan menentukan dan merubah hidupnya dihari-hari yang akan datang.


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 39 -
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57