Page 351 - Proceedings Collega2023
P. 351

Mereka juga mengharapkan agar setiap nilai dapat diterjemahkan menjadi sesuatu yang praktikal
               dan dapat dirasai atau diperoleh oleh Masyarakat (P4, P10).

                       Bagi sesetengah perserta pula mengatakan bahawa nilai yang dinyatakan dalam Malaysia Madani
               bukanlah perkara baharu. Seolah nilai ini dijadikan pakej baharu atau rebranding kerana sedia maklum
               bahawa pendekatan produktiviti dan dasar Malaysia sebelumnya juga menyentuh perkara yang sama (P4,
               P7, P8, P10).

                       Menurut peserta  konsep kemampanan lebih mirip kepada Kestabilan baik dalam politik, ekonomi
               dan lainnya.  Namun kemampanan ini perlu diutamakan bagi memastikan negara ini dibaik pulih kerana
               politicking dan juga akibat COVID-19 yang melanda negara ini (P1, P3, P4, P6, P8).

                       Ramai yang gulung tikar akademik wabak berkenaan dan memerlukan bantuan dan pihak Kerajaan
               sekarang perlu menggunakan pendekatan lebih mampan agar ekonomi negara terus berkembang (PP2,
               P7).
                       Namun pihak Kerajaan Madani perlu membuktikan segala janji yang pernah dinyatakan dalam
               manifesto pilihanraya sebelumnya.

                       Persoalan isu peningkatan kos sara hidup, kenaikan harga barang sekarang ini perlu diberikan
               tumpuan mencari jalan penyelesaiannya. Perkara ini berkaitan dengan kesejahteraan rakyat yang menjadi
               keutamaannya buat masa ini (P6, P9, P10).

                       Daya cipta atau inovasi akan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Inovasi bukanlah
               sekadar bertumpu di pusat pengajian tinggi atau pusat penyelidikan sahaja, perlu menjadikan budaya
               dalam kalangan Masyarakat khususnya anak muda.  Mereka juga meminta agar pihak Kerajaan memberi
               insintif dan peruntukan khas kepada golongan belia yang bergiat dalam bidang penciptaan dan inovasi
               (Semua peserta).

                       Manakala hormat merupakan nilai insan yang perlu diamalkan dalam kehidupan setiap masa.
               Hormat menghormati juga dianggap sebagai kunci untuk perpaduan di negara ini yang terdiri daripada
               pelbagai kaum (P7, P8).

                       Namun tindakan lebih tegas diambil kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang tanpa
               memilih bulu. Tindakan memerangi mereka yang menghasut dan menabur fitnah yang menyentuh isu 3 R
               iaitu Raja, Bangsa dan Agama patut disokong (P2, P4, P10).

                       Isu 3 R ini mampu memecah belahkan kaum dan mencetus rusuhan kaum.  Harapan isu yang boleh
               memecahkan kaum dapat dielakkan dan kawalan dalam media sosial amat penting dilakukan (P3, P5, P8).















               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 338 -
   346   347   348   349   350   351   352   353   354   355   356