Page 348 - Proceedings Collega2023
P. 348
Hasil Kajian
Sumber Rujukan Malaysia Madani
Kajian ini mendapati sumber utama yang dirujuk untuk mendapatkan maklumat mengenai
Malaysia Madani adalah Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui portal dan media sosialnya (P1, P2, P3,
P4, P5, P6, P7, P8). Majoriti peserta kajian memilih sumber utama JPM kerana berlandaskan kepada
integriti pelaporan berita berkenaan dilaporkan dan yakin terhadap maklumat yang disampaikan adalah
sahih (P1, P2, P3, P4, P5, P6, P7, P8). Peserta kajian memilih televisyen dan akhbar utama kerana untuk
meningkatkan keyakinan mereka terhadap berita-berita yang disampaikan oleh media tempatan berkaitan
Malaysia Madani (P2, P4, P8).
Di peringkat awal maklumat mengenai Malaysia Madani terhad kecuali melalui kenyataan Perdana
Menteri melalui laporan televisyen dan akhbar. Manakala ceramah secara bersemuka oleh pihak berwajib
seperti Jabatan Penerangan dan Kementerian Komuniksi dan Digital agak sukar diperoleh (P4, P6).
Manakala radio kurang berkesan memberi maklumat mengenai Malaysia Madani khususnya radio swasta
(P8, P9). Manakala radio Kerajaan memberikan maklumat yang kurang jelas kerana diselitkan melalui
drama atau sketsa. Peserta juga mencadangkan agar kempen komunikasi secara menyeluruh dapat
dilakukan secara meluas di serata kawasan di Malaysia. Maklumat melalui risalah atau pamphlet agar sukar
diperoleh. Begitu juga mesti diwujudkan medium kempen menggunakan pelbagai bahasa agar
memudahkan pemahaman (P2, P4).
Ramai kaum Cina dan India yang kurang mengetahui mengenai konsep Malaysia Madani kerana
kurang memahami maklumat yang disampaikan kerana faktor bahasa (P1, P7, P10). Malah peserta
mencadangkan agar billboard dan papan iklan besar diletakan di lebuhraya dan tempat-tempat strategi
sebagai langkah pendedahan kepada rakyat.
Jadual 2:
Tema Pemilihan Sumber Maklumat
Tema
1 Media sosial Jabatan Perdana Menteri menjadi sumber utama
2 Perdana Menteri menjadi rujukan mengenai konsep Malaysia Madani
3 Media sosial seperti facebook, Instagram dan tiktok menjadi media pilihan
4 Peserta sering mengikuti perkembangan dari masa ke semasa melalui media massa
5 Ceramah oleh pihak berwajib kurang dan jarang dilakukan.
6 Pelaporan televisyen lebih sahih dan lengkap berbanding lain
7 Radio kurang memberi maklumat secara jelas mengenai Madani
8 Akhbar agak kurang memberi penjelasan dan lebih kepada berita
9 Majalah amat kurang membincangkan mengenai Malaysia Madani
10 Cadang agar strategi komunikasi kempen Malaysia Madani lebih berstruktur dan menyeluruh
11 Dicadangkan agar billboard berkaitan Malaysia Madani diletakkan di lebuhraya dan tempat
strategik.
12 Media dan mesej ditulis dalam pelbagai bahasa agar lebih mudah difahami
13 Mereka yang berada di luar bandar dan tiada kemudahan talian internet kurang terdedah
maklumat
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 335 -