Page 349 - Proceedings Collega2023
P. 349
Persepsi Belia Terhadap Kempen Komunikasi Berkaitan Malaysia Madani
Secara keseluruhan peserta sedar kewujudan dasar ini selaras dengan pembentukan Kerjaaan Perpaduan.
Kempen melalui media massa dan media sosial sering menyebut perkataan Madani, namun mereka akui
kurang mengetahui mengenai butiran sebenarnya (P2, P4, P5).
Malahan setiap ucapan oleh Perdana Menteri akan kedengaran perkataan Madani, tapi kurang
disampaikan oleh pemimpin Kerajaan lainnya (P6, P7).
Mereka juga menyedari bahawa kempen ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan kaum di
negara ini. Keadaan ini menyebabkan dasar ini tidak banyak berbeza daripada dasar-dasar sebelumnya.
Bagi seetengah peserta menganggap dasar ini seumpamanya rebranding bagi dasar-dasar lain yang
menjurus kepada perpaduan kaum (P8, P9).
Diperingkat awal, maklumat konsep ini agak kurang dan terhad dan lama kelamaan semakin
merebak. Namun mereka mendakwa tumpuan kempen tertumpu di Kawasan bandar sahaja. Manakala
Kawasan luar bandar dan pedalaman agar sukar mendapat maklumat atau kempen yang disampaikan(P4,
P5).
Namun banyak maklumat Malaysia Madani diputar belitkan oleh pihak bekepentingan seperti
pemimpin parti politik. Malahan banyak maklumat di media sosial mengelirukan atau segaja di jadikan
alatan propaganda bagi menghentam Kerajaan pemerintah sekarang. Kajian juga menunjukkan bahawa
banyak maklumat yang diselewengkan menyebabkan kekeliruan (P4, P8).
Ada juga media sosial yang sengaja memberikan maklumat yang salah bagi tujuan propaganda
politik. Kedaan ini lebih ketara dalam media sosial seperti tiktok dan penghantaran maklumat secara viral
melalui whatsapp (P4, P7, P9)
Peserta juga menganggap konsep ini agak kompleks dan perlu dbuat secara ringkas agar mudah
difahami. Mereka lebih suka mesej melalui infografik yang lebih mudah difahami (P1, P9).
Perkataan Madani dianggap Islamik yang menyebabkan kurang selesa bagi kaum bukan Melayu.
Namun beberapa peserta menyatakan istilah itu tidak penting, namun kandungan Madani perlu bersifat
sejagat (P5, P6).
Kajian ini mendapati hampir keseluruhan peserta tidak begitu sedar kewujudan nilai teras dalam
konsep ini. Setelah penyelidik menyebut 6 nilai utama, mereka boleh memberi pandangan yang
memberangsangkan. Walaupun mereka sering mendengar dalam televisyen dan radio mengenai kempen
Malaysia Madani, namun secara jujur sebilangan besar kurang jelas mengenai butiran konsep ini
(P3,P7,P8).
Secara keseluruhan peserta bersetuju bahawa setiap Perdana Menteri akan memperkenalkan
konsep atau dasar sebagai lambang kepimpinan. Contohnya sebelum in diperkenalkan Konsep Satu
Malaysia, Malaysia Perihatin dan sebagainya (P4, P10).
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 336 -