Page 350 - Proceedings Collega2023
P. 350
Kajian juga mendapati semua peserta sedar kewujuda jualan Rahmah sebagai produk Malaysia
Madani. Namun mereka mendakwa perkara ini bukanlah baharu kerana sebelum ini dasar-dasar seperti
Malaysia Prihatin dan 1Malaysia juga berbuat pendekatan seperti jualan Rahmah (semua peserta).
JADUAL 3
Kategori Tema Persepsi Mengenai Kempen Malaysia Madani
Tema
1 Semua menyedari mengenai konsep Malaysia Madai tetapi dianggap baharu
2 Sebahagian besar mengakui kurang jelas mengenai butirannya
3 Mereka menyedari konsep ini popular buat Perdana Menteri sebelum ini
4 Peserta menyedari bahawa Malaysia Madani bertujuan untuk perpaduan kaum
5 Malaysia Madani berkaitrapat dengan Kerajaan Perpaduan
6 Banyak maklumat yang mengelirukan khususnya dalam media sosial
7 Maklumat Malaysia Madani di peringkat awal berkurangan. Lama kelamaan banyak
maklumat diperoleh
8 Setiap pemimpin memperkenalkan dasar nya tersendiri
9 Mereka lebih gemar maklumat yang ringkas dan padat seperti infografik
10 Banyak maklumat mengelirukan dan palsu khususnya di media sosial
11 Maklumat mengelirukan menyebabkan keresahan
12 Maklumat sering diputar belitkan kerana persoalan “propaganda politik”
13 Perkataan Madani kelihatan Islamik yang menyebabkan kurang selesa bagi bukan
14 Melayu
Konsep Madani agak komplek namun perlu bersifat sejagat
15 Nilai teras perlu diterjemahkan agar mudah difahami
16 Malaysia Madani perlu banyakkan produk dan bukan menjual konsep semata-mata
17 Jualan Rahmah antara yang rapat dengan Malaysia Madani
18 Secara keseluruhan peserta mendengar lagu tema Malaysia Madani
Malaysia Madani sepatutnya dipisahkan dengan wadah parti politik.
Pemahaman Belia Terhadap Nilai Malaysia Madani
Malaysia Madani seolah sama seperti dasar perpaduan dan dasar-dasar sebelumnya
Secara keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa peserta kurang memahami maksud setiap
nilai yang digariskan dalam Malaysia Madani. Namun mereka memahami frasa nilai berkenaan seperti
kestabilan, inovasi sebagai resepi kejayaan.
Namun bagi sesetengah peserta mengatakan yang lebih penting bukanlah nilai yang digariskan
tetapi lebih kepada sejauh mana niai berkenaan menjadi amalan dan budaya bagi setiap warga negara (P2,
P3, P7).
Beberapa peserta pula menyatakan nilai yang dianjurkan oleh Malaysia Madani banyak telah
dijelaskan dalam Prinsip Rukun Negara yang juga bermatlamat perpaduan kaum (P1, P5, P9).
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 337 -