Page 347 - Proceedings Collega2023
P. 347

Jadual 1
               Peserta/ Informan Kajian

                        Peserta Kajian     Umur        Tahap Pendidikan         Jawatan          Bangsa
                                           (tahun)
                       P1 (Lelaki)           25      Ijazah Sarjana Muda   Penjual komputer     Cina
                       P2 (Wanita)           24      Ijazah Sarjana        Pelajar IPTA         India
                       P3 (Lelaki)           30      Ijazah Sarjana Muda   Guru                 Melayu
                       P4 (Wanita)           25      Diploma               Jurujual             Melayu
                       P5 (Lelaki)           31      Ijazah Sarjana Muda   Akuantan             Cina
                       P6 (Wanita)           28      Diploma               Pelajar IPTS         Cina
                       P7 (Wanita)           29      Ijazah Sarjana Muda   Jurutera             India
                       P8 (Lelaki)           30      STPM                  Pemimpinn Belia      Melayu
                       P9 (Lelaki)           28      Diploma               Juru jual            Cina
                       P10 (Wanita)          30      Sarjana               Pensyarah IPTS       Melayu

                       Data dianalisis secara serentak dengan proses kutipan data. Selesai proses kutipan dan transkripsi,
               data  telah  dianalisis  dengan  menggunakan  teknik  perbandingan  berterusan  (constant  comparative
               method).  Tema dan kategori dibentuk berdasarkan persoalan kajian ini.

               Strategi Kesahan dan Kebolehpercayaan
                       Bagi  memperoleh  tahap  kesahan  dalaman,  pengkaji  telah  menggunakan  strategi  peer
               examination. Bagi memperolehi kesahan luaran pula, pengkaji telah memilih cara membuat laporan yang
               terperinci dan kaya dengan maklumat atau rich and thick description. Laporan terperinci telah diberikan
               dalam bahagian reka bentuk kajian sehinggalah kepada proses analisis data. Strategi kebolehpercayaan
               bagi kajian ini dicapai menerusi kaedah audit trail.  Penggunaan metode ini adalah untuk menangkap data
               deskriptif yang kaya tentang bagaimana orang berfikir dan berkelakuan serta melancarkan proses yang
               kompleks.

                       Perbincangan  Kumpulan  fokus  ini  memakan  masa  berdurasi  120  minit    digunakan  untuk
               meneroka persepsi, pemahaman,  serta meninjau sumber maklumat berkaitan Malaysia Madani. Analisis
               data temubual sebagai data utama melibatkan proses yang sistematik seperti persiapan nota lapangan
               dan transkrip, pengekodan, mengesan dan membina tema utama, membina sub tema dan sub-sub tema
               (Mitchell  2005). Pengkaji bersifat terbuka dalam pembentukan tema ini. Data yang dikeluarkan dalam
               bentuk transkrip kemudiannya  dibentuk verbatim data. Verbatim data ini dimasukkan dalam perisian
               komputer Atlas ti 10 untuk mengesan tema utama dan sub-tema yang terlibat dan analisis yang digunakan
               adalah analisis tematik.










               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 334 -
   342   343   344   345   346   347   348   349   350   351   352