Page 356 - Proceedings Collega2023
P. 356

Nilai Malaysia Madani


               Menurut Osman Bakar (2023), gagasan Malaysia Madani ialah wawasan kenegaraan dan falsafah sosial
               menggariskan  enam  prinsip  asas  sebagai  landasan  pembangunan  Malaysia  lebih  maju  dan  adil.  Nilai
               komprehensif itu berjaya menghubungkan idea Madani antara isu kontemporari dengan falsafah madani
               dalam pemikiran Islam klasik. Berdasarkan kepada perbincangan Kumpulan fokus dan penelitian literatur,
               kajian ini merumuskan kepentingan nilai utama Malaysia Madani seperti berikut:

                Nilai Kemampanan


               Konsep Madani telah berakal dalam peradaban manusia dan ia merupakan satu konsep sejagat yang boleh
               diterima oleh lapisan masyarakat. Madani  bukannya berfokuskan kepada keagamaan, tetapi seperti mana
               yang dinyatakan oleh  Mohamad Salleh (2023). Madani merangkumi keseluruhan, ia bukan pembangunan
               teknologi,   tetapi   lebih   menjurus   kepada   aspek-aspek   keseniannya,   kebudayaan   dan
               kesusasteraan,   bersesuaian  dengan  prinsip  ketamadunan  yang  merupakan  fitrah  insan  dan  ummah.
               Madani  menganduni  nilai    berupa  konsep  penyatuan  yang  memfokuskan  kepada  akhlak,  moral,
               kesaksamaan ekonomi, pengukuhan jiwa bangsa dan dialog nilai peradaban sejagat yang menjadi akar
               kelestarian ketamadunan menggunakan pendekatan kebangkitan akar umbi.


                       Teras utama dalam nilai Malaysia Madani iaitu kemampanan (sustainability). Konsep ini penting
               dalam  pembangunan  negara  yang  berkaitan  dengan  kebolehan  untuk  memenuhi  keperluan  generasi
               sekarang  tanpa  mengorbankan  keperluan generasi  akan  datang.  Kemampanan  membantu  melindungi
               sumber-sumber alam yang terhad seperti air bersih, hutan, tanah subur, dan bahan bakar fosil. Ini penting
               untuk  mengekalkan  ketersediaan  sumber-sumber  ini  untuk  generasi  akan  datang  dan  mengelakkan
               pengeksploitan yang berlebihan.


                       Kemampanan juga memastikan bahawa semua lapisan masyarakat mempunyai akses kepada asas
               kehidupan yang baik, seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, dan pekerjaan yang layak. Ini membantu
               mengurangkan  ketidaksetaraan  sosial  dan  meningkatkan  kesejahteraan  rakyat.  Kemampanan  juga
               berkaitan  dengan  pertumbuhan  ekonomi  yang  berkekalan.  Negara-negara  yang  mempromosikan
               pelaburan  dalam  industri  hijau,  teknologi  bersih,  dan  inovasi  berkelanjutan  cenderung  mempunyai
               pertumbuhan ekonomi yang stabil dan berkekalan.

                       Mengekalkan sistem makanan yang berterusan adalah penting untuk memastikan keselamatan
               makanan dan ketersediaan makanan yang mencukupi kepada rakyat. Ini termasuk amalan pertanian yang
               lestari  dan  pengurusan  sumber  daya  haiwan  yang  berkesan.  Kemampanan  juga  berkaitan  dengan
               keselamatan dan keamanan negara. Apabila sumber-sumber alam dan masyarakat dijaga dengan baik, ini
               dapat membantu mengurangkan konflik dan ketegangan sosial yang boleh membahayakan keamanan
               negara.


                       Kemampanan juga berkaitan dengan perlindungan alam sekitar dan mengurangkan kesan negatif
               kepada  alam  semulajadi  seperti  perubahan  iklim,  pencemaran  alam  sekitar,  dan  kepupusan  spesies.:


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 343 -
   351   352   353   354   355   356   357   358   359   360   361