Page 345 - Proceedings Collega2023
P. 345

individu dan kolektif dalam budaya tersebut. Nilai-nilai budaya berperanan  penting dalam membentuk
               identiti    budaya,  memberikan  panduan  untuk  tindakan  dan  interaksi  sosial,  dan  mempengaruhi  cara
               individu  dalam  budaya  tersebut  berpikir  tentang  diri  mereka  sendiri,  orang  lain,  dan  dunia  di  sekitar
               mereka. Gagasan Madani bersifat menyeluruh berdasarkan enam nilai tonggak utamanya iaitu (Ibrahim,
               A, 2023):

                   •  M (keMampanan)-Mutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu
                       pengetahuan dan kearifan tempatan.,
                   •  A (kesejAhteraan - Kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan
                       kepelbagaian pandangan.
                   •  D (Daya cipta)- Pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta
                       manusia.
                   •  A (hormAt - Perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan
                       meraikan perbezaan pandangan dunia.
                   •  N (keyakiNan - Menghidupkan harapan terhadap
                       perubahan seiring sikap amanah melakukan perubahan ke arah kebaikan. dan
                   •  I (Ihsan). Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan.

                       Nilai  budaya  ialah prinsip  atau  moral  utama  yang  menjadi  asas  kepada  sesebuah  kumpulan
               budaya . Mereka mungkin berdasarkan agama, tradisi, falsafah, ingatan kolektif, dan adat. Contoh nilai
               budaya termasuk menghormati orang tua, nilai kekeluargaan, individualisme, dan egalitarianisme. Jesteru,
               konsep  Madani  perlu  difahami  dan  diamalkan  bukan  sahaja  penting  untuk  setiap  orang  daripada
               pemimpin namun setiap warga perlu dijadikan amalan dan budaya supaya segala nilai baik dapat dibentuk
               dan dipertahankan. Walaupun Malaysia Madani yang dipelopori Perdana Menteri masih baharu,  namun
               perlu disambut baik oleh seluruh masyarakat untuk diterjemahkan dalam setiap tindak tanduk mereka.
               Oleh itu kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi dan pemahaman golongan belia terhadap nilai
               yang digariskan dalam konsep Malaysia Madani.


               Objektif Kajian



                   i.     Meninjau sumber rujukan oleh belia bagi mendapatkan maklumat berkaitan Malaysia Madani
                   ii.    Meneroka persepsi belia terhadap kempen komunikasi  berkaitan Malaysia Madani
                   iii.   Mengenal pasti pemahaman belia terhadap nilai teras  Malaysia Madani.


               Metodologi  Kajian

               Kaedah kajian ini adalah kualitatif untuk memahami fenomena kompleks dalam konteks sosial dan budaya.
               Kaedah ini sering digunakan dalam kajian sains sosial, termasuk dalam sains sosial (Meriam, 1998; Kajian
               ini melaksanakan Perbincangan Kumpulan Fokus (Focus Group Discussions) yang melibatkan 10 peserta
               atau informan dalam kalangan belia.  Reka bentuk kajian ini bermula dengan mengenal pasti matlamat



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 332 -
   340   341   342   343   344   345   346   347   348   349   350