Page 247 - Proceedings Collega2023
P. 247
Item Perkara Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Min Sisihan Tahap
tidak setuju pasti setuju Piawai
setuju
C10 Saya - - 19 44 5 3.79 0.56 Tinggi
menggabungkan
(27.9%) (64.7%) (7.4%)
idea yang
terkandung
dalam teks puisi,
cerita dan seni
kata lagu dengan
Elemen
merentasi
Kurikulum (EMK)
dalam PdP.
C11 Saya - 1 15 44 7 3.85 0.61 Tinggi
merumuskan
(1.5%) (22.4%) (65.7%) (10.4%)
idea dan mesej
yang terkandung
dalam teks puisi,
cerita dan
nyanyian.
Keseluruhan 3.99 0.43 Tinggi
Berdasarkan item-item yang dianalisis daripada konstruk Bahagian C ini, didapati bahawa nilai min
yang tertinggi ialah item mengenai guru mengenal pasti nilai dan pengajaran yang terkandung daripada
bacaan teks puisi, cerita dan seni kata lagu. Nilai min mencatatkan nilai skor M=4.10; S.P=0.43. Di sini
memperlihatkan guru amat mudah mengecam nilai dan pengajaran semasa penyampaian ilmu seni
bahasa kepada murid-murid.
Walaupun semua item mencatatkan skor min berada di tahap yang tinggi, namun begitu terdapat
min item yang terendah mencatatkan nilainya iaitu M=3.59; S.P=0.63 berbanding daripada nilai min item-
item yang lain. Item tersebut berkenaan dengan kebolehan guru mengubah suai idea daripada seni kata
lagu kepada bentuk puisi dan cerita. Perkara ini menunjukkan aras mencipta daripada perkara sedia ada
kepada bentuk yang baharu dalam kalangan guru adalah kurang memuaskan.
Bahagian D: Kemahiran Menulis oleh Guru dalam Pengimplementasian KBAT bagi Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) Aspek Seni Bahasa
Berikut Jadual 5 di bawah menunjukkan dapatan kajian rintis daripada soal selidik terhadap
kemahiran menulis oleh guru dalam pengimplementasian KBAT bagi pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) aspek seni bahasa. Berikut Jadual 3 menunjukkan dapatan kajian bagi keseluruhan konstruk
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 234 -

