Page 1040 - Proceedings Collega2023
P. 1040

tindakan  untuk  meningkatkan  kesejahteraan  rakyatnya  cenderung  mencapai  kemajuan  yang  lebih
               berkelanjutan dan berkekalan dalam pelbagai bidang.

               NIlai Daya cipta

               Daya  cipta  (innovation)  memainkan  peranan  penting  dalam  perkembangan  negara  dan  ekonomi
               global.Daya cipta membantu memacu pertumbuhan ekonomi  Malaysia dengan mencipta peluang baru,
               produk,  dan  perkhidmatan.  Inovasi  merangsang  permintaan  dalam  ekonomi,  menyumbang  kepada
               peningkatan produktiviti, dan mewujudkan lapangan pekerjaan. Untuk muncul negara maju, Malaysia
               mesilah    aktif  dalam  inovasi  cenderung  lebih  daya  saing  dalam  pasaran  antarabangsa.  Produk  dan
               perkhidmatan  inovatif  boleh  menarik  pelaburan  asing  dan  membantu  negara  menjana  pendapatan
               eksport yang lebih tinggi.

                       Inovasi menjadi pendorong utama perkembangan teknologi. Negara yang mempunyai keupayaan
               daya  cipta  yang  kuat  boleh  mengembangkan  teknologi  baru  dan  mencipta  peluang  untuk  menjana
               teknologi tinggi. Daya cipta boleh digunakan untuk mencari penyelesaian kepada masalah sosial, alam
               sekitar,  dan  kesihatan.  Inovasi  dalam  bidang-bidang  seperti  penjagaan  kesihatan,  tenaga  boleh
               diperbaharui,  dan  pengurusan  sumber  alam  adalah  contoh  bagaimana  daya  cipta  dapat  memainkan
               peranan dalam menangani cabaran-cabaran besar.

                       Inovasi juga boleh memperbaiki kualiti hidup rakyat dengan mencipta produk dan perkhidmatan
               yang  lebih  efisien,  bermakna,  dan  berdaya  maju.  Contohnya,  inovasi  dalam  sektor  kesihatan  ketika
               Malaysia berhadapan dengan COVID-19 boleh meningkatkan kesihatan dan harapan hidup rakyat. Daya
               cipta boleh membantu mengurangkan kesenjangan ekonomi dan sosial. Apabila inovasi mencipta peluang
               pekerjaan  dan  meningkatkan  akses  kepada  pendidikan,  ia  dapat  membantu  golongan  yang  kurang
               berkemampuan. Ini kerana negara yang mempunyai teknologi inovatif dan daya cipta yang kuat cenderung
               mempunyai kepentingan strategik dalam arena antarabangsa. Ini termasuk dalam hubungan diplomatik,
               perjanjian perdagangan, dan persefahaman antarabangsa.

                       Inovasi  juga  penting  dalam  meningkatkan  keberkesanan  sektor  awam  khususnya  di  pusat
               pengajian tinggi dan sektor penyelidikan dan inovasi. Peningkatan dalam penyampaian perkhidmatan
               awam, perancangan bandar, dan pentadbiran kerajaan boleh dicapai melalui inovasi. Budaya inovasi yang
               kuat  dalam  masyarakat  dan  perniagaan  dapat  membantu  mengekalkan  keupayaan  daya  cipta  dalam
               jangka panjang. Ini membantu negara bergerak ke hadapan dalam era globalisasi. Malahan, daya cipta
               juga penting untuk menghadapi cabaran masa depan seperti perubahan iklim, pengeksploitan sumber-
               sumber semulajadi, dan masalah global lain.

               Nilai Hormat

                       Hormat sesama kaum dan  pemahaman antara pelbagai kaum adalah aspek yang sangat penting
               dalam  negara  yang  berbilang  budaya  dan  berbilang  kaum.  Apabila  warganegara  saling  hormat
               menghormati sesama kaum, ini membantu mencegah konflik antara kumpulan etnik yang berbeza. Ini
               membantu menjaga keamanan dan stabiliti sosial dalam negara. Pelbagai budaya dan kaum yang saling
               menghormati antara satu sama lain cenderung membentuk masyarakat yang lebih bersatu dan kohesif. Ini
               membantu mengurangkan ketegangan sosial dan mempromosikan keharmonian dalam masyarakat.






               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1027
   1035   1036   1037   1038   1039   1040   1041   1042   1043   1044   1045