Page 1043 - Proceedings Collega2023
P. 1043

kepincangan yang berlaku ketika ini. Ini kerana konsep Madani menitik beratkan kepada masyarakat yang
               diurus dengan baik dan mencapai tujuan pembinaan beradaban bangsa. Objektif melahirkan masyarakat
               Madani  membolehkan  setiap  manusia  mencapai  kesejahteraan  dan  kebahagiaan.  Maka,  maksud
               pembangunan itu bukan semata-mata terlihat dengan kerangka projek pembinaan yang boleh dilihat
               dengan mata kasar, tetapi dengan memakmurkan dunia.

                       Konsep Malaysia Madani bukan sekadar slogan, tetapi sepatutnya diterjemahkan kepada usaha
               kerajaan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan mewujudkan negara yang lebih baik. Konsep
               ini  akan  menjadi  panduan  kepada  semua  menteri  dan  kementerian  masing-masing  untuk  mencapai
               petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan. KPI bukan mengenai jumlah program yang dilaksanakan
               setiap kementerian, sebaliknya ia akan dinilai berdasarkan kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan atau
               kualiti program dalam membantu menyelesaikan masalah mereka.

                       Rakyat  tidak  begitu  mempedulikan  slogan  Malaysia Madani,  mereka  mementingkan  kos  sara
               hidup, harga barangan dan akses internet. Oleh yang demikian, adalah penting bagi setiap menteri dan
               kementerian untuk melaksanakan usaha dan mengurus isu-isu rakyat dengan segera. Konsep Madani
               memberi tumpuan kepada usaha yang lebih baik dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

                       Jesteru,  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Malaysia Madani sebagai
               usaha memacu dan memulihkan maruah dan kegemilangan Malaysia di arena global berdasarkan enam
               nilai teras iaitu Kelestarian, Kemakmuran, Inovasi, Hormat, Amanah dan Belas Kasihan. Dalam demokrasi,
               mendapatkan sokongan rakyat adalah kunci untuk mempertahankan kekuasaan dan mencapai tujuan
               pemerintahan.  Oleh  kerana  itu,  penting  untuk  terus  berhubung  dengan  masyarakat  dan  berupaya
               menjelaskan, mendengar, dan memenuhi keperluan dan aspirasi mereka.









































               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1030
   1038   1039   1040   1041   1042   1043   1044   1045   1046   1047   1048