Page 1026 - Proceedings Collega2023
P. 1026

PERSEPSI DAN PEMAHAMAN NILAI


                     UTAMA MALAYSIA MADANI: KAJIAN KUALITATIF


                                                    Ismail SUALMAN     1 2
                                       1 Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
                                               Universiti Teknologi MARA
                                                2 ismail952@uitm.edu.my



                                                          ABSTRAK
                       Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi  dan pemahaman golongan belia terhadap
               konsep dan nilai  utama yang digariskan Malaysia Madani melalui perbincangan kumpulan fokus. Sampel
               kajian adalah seramai 10 orang informan yang terdiri daripada pemimpin belia, pelajar pusat pengajian
               tinggi,  penjawat  awam  dan  swasta,  aktivis  dan  pemimpin  politik.  Hasil  kajian  menunjukkan  bahawa
               kebanyakan informan memberikan persepsi yang positif terhadap konsep Malaysia Madani, namun ramai
               yang kurang memahami beberapa konsep berkaitan dengan nilai dasar ini. Mereka juga menerima dasar
               ini kerana asas utama adalah bagi memperkukuhkan perpaduan kaum dan kestabilan sosio-ekonomi. Bagi
               informan  bukan  Melayu  pula  menyatakan  bahawa  nama  Madani  kelihatan  “Islamik”  menyebabkan
               sebahagian kaum Cina dan India agak sukar menerima dasar berkenaan. Mereka juga mengharap agar
               promosi dan penerangan mengenai konsep ini perlu dipertingkatan agar ia menyerap sehingga ke akar
               umbi terutama di luar bandar. Kajian juga mencadangkan agar dasar ini perlu bersifat tangible dan bukan
               menjual konsep.

               Kata kunci : Malaysia Madani, persepi, pemahaman


                                                         Pengenalan
                       Malaysia Madani telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim pada

               19  Januari  2023  (Ibrahim,  A,  2023)  dengan  memberi  tumpuan  utama  kepada  penyelesaian  masalah,
               memenuhi keperluan negara, membina masa depan yang harmoni dan makmur serta memenuhi potensi
               rakyat  dan  negara.  Perkataan  Madani  begitu  sinonim  dengan  Anwar  Ibrahim  sejak  beliau  menjadi
               Timbalan  Perdana  Menteri  sebelumnya  yang  memberi  keutamaan  kepada  soal  keyakinan  dan
               kemanusiaan (Sualman I, 2023).

                       Konsep Madani memberi tumpuan kepada pengukuhan 8 sektor iaitu Ekonomi dan Kewangan,
               Perundangan,  Institusi,  Pendidikan,  Kemasyarakatan,  Kebudayaan,  bandar  dan  Luar  bandar  (Frasa
               Malaysia Madani dibangunkan  bermatlamat untuk  mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang
               menegakkan hak asasi manusia dan prinsip moral seperti kerajaan yang adil dan cekap. Oleh itu, Malaysia
               Madani merupakan inisiatif bersepadu dan komprehensif yang bertujuan menjadikan semua dasar dan
               pelaksanaan di Malaysia lebih berperikemanusiaan. Ia terus dipertingkatkan melalui input dan maklum
               balas awam (Ibrahim, A, 2023)..

                       Gagasan Perdana Menteri melalui masyarakat Madani berhasrat melahirkan Malaysia yang maju
               dan  tinggi  tamadunnya.  Kemajuan ini  bukan  dinilai  dari  segi  kebendaan  atau  ekonomi  semata-mata,



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1013
   1021   1022   1023   1024   1025   1026   1027   1028   1029   1030   1031