Page 577 - Proceedings Collega2023
P. 577
Terjemahan dalam bahasa Melayu:
Masakan Melayu Johor dan Selangor mempunyai sebahagian pengaruh Jawa, selaras
dengan keadaan lokasi pertama di mana orang Jawa migrasi memilih untuk menetap
(Hutton, 2000). Masakan berasaskan mi seperti Mi Rebus Jawa, Mi Bandung, begitu juga
sate dan lontong sangat popular di kawasan yang mana pengaruh Jawa ini dapat dikesan.
Selain itu, Briyani Gam Rice and Telur Pindang terkenal di Johor kerana pengaruhnya
daripada perdagangan Arab semasa era perdagangan dan biasanya dihidangkan semasa
tradisi istimewa seperti kenduri (majlis perkahwinan Melayu) dan banyak lagi (Jalis et. al.,
2009). Cili api dan herba segar adalah ramuan popular dalam kebanyakan masakan
Melayu.
Setelah memperkenalkan frasa nama melalui kajian-kajian kearifan tempatan berkaitan makanan
di dalam kelas, tenaga pengajar boleh memilih perkataan-perkataan lain yang berkait rapat dengan
makanan berkenaan seperti frasa nama yang mengandungi kata adjektif sebagai penerang/predikat.
Contohnya, nasi panas, nasi sejuk, air panas, air suam dan sebagainya. Setelah penutur asing menguasai
kosa kata berkenaan dan kefahaman secara optimum telah berjaya, tenaga pengajar amat digalakkan
membawa mereka ke domain sebenar untuk mempraktikkan dan melihat sendiri frasa nama tersebut
dengan bonus dapat melihat kearifan tempatan makanan Melayu seperti di Kampung Bharu, Kuala
Lumpur, Malaysia, restoran-restoran berdekatan kampus dan sebagainya. Tenaga pengajar sebaiknya
mengikuti sesi lawatan berkenaan. Jika terdapat kekangan, tenaga pengajar boleh memikirkan inisiatif
dengan pendekatan teknologi atau melantik seorang penutur natif dalam kalangan mahasiswa/i tempatan
menemani mereka sama ada mereka yang sukarela atau diberi ganjaran yang sewajarnya.
Segala hasil frasa nama yang berjaya dikuasai ketika direkodkan dalam audio dan video, seterusnya
dihantar kepada tenaga pengajar. Tenaga pengajar perlu melakukan sistem muat naik audio dan video
secara sistematik dalam media sosial dan portal pelajar.
Penerangan lanjut mengenai frasa nama oleh tenaga pengajar dengan komunikasi interpersonal
yang menarik dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sedikit dalam bahasa ibunda penutur asing.
Penerangan frasa nama ini menarik perhatian penutur asing menghafal dan mempraktikkan frasa nama
tersebut dalam aktiviti komunikasi harian atau ketika melakukan pembentangan di dalam kelas.
Frasa nama (tahap asas) yang boleh difokuskan oleh tenaga pengajar kepada penutur asing dalam
penceritaan berkenaan makanan ialah:
• Nasi panas
• Nasi sejuk
• Air panas
• Air sejuk
• Air suam
• Makanan mahal
• Makanan murah
• Air mahal
• Air murah
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 564 -

