Page 43 - Proceedings Collega2023
P. 43

Jadual 3.3 di atas menunjukkan pengaruh kepercayaan bahawa mengawal kuantiti dan jenis makanan
               yang  diambil  sepanjang  tempoh  berpantang  boleh  memberi  manfaat  kepada  kesihatan    responden.
               Responden ditanya sama ada kuantiti dan jenis makanan yang mereka ambil berbeza sebelum dan ketika
               berpantang. Jawapan responden dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu i). Ya, sama sahaja, ii). Suku-suku-
               separuh, dan iii). Berbeza. Jawapan ‘Suku-suku-separuh’ mencatat kekerapan tertinggi, iaitu 8(57.1%)
               responden yang memperlihatkan IP dan IL masing-masingnya mencatat 4(28.5%) sementara golongan IM-
               Ø. Bagi golongan IP dan IL, mereka kekal mempercayai amalan berpantang dan pemakanan tradisi apabila
               menjaga kuantiti makanan yang diambil serta menu pilihan  ialah nasi putih, sayur sawi, ikan haruan,
               bawang  putih  bakar  dan  air  milo/teh/susu  serta  buah  pisang.  Pilihan  makanan  ini  didapati  turut
               mempunyai persamaan dengan yang dicadangkan oleh responden bidan kampung.
                       Manakala  jawapan  kedua  tinggi  -  ‘Ya,sama  sahaja’  diwakili  oleh  4(28.5%)  responden  yang
               memperlihatkan  dominasi  jawapan  daripada  IM  sebanyak 3(21.4%);  IP  sebanyak  1(7.1%);  dan  Ø  -  IL.
               Jawapan  terendah  -  ‘Berbeza’  menunjukkan  hanya  2(14.2%)  responden,  iaitu  1(1.7%)-IM;  Ø-IP;  dan
               1(1.7%) - IP. Dapatan membuktikan bahawa IM lebih cenderung untuk mengekalkan kuantiti makanan
               ketika sebelum bersalin atas faktor tidak percaya dengan amalan pemakanan dan pantang larang tradisi
               serta menganggap semua makanan mempunyai khasiat tertentu, bukan herba semata-mata. Ini dapat
               dilihat melalui pilihan menu makanan mereka, iaitu nasi putih, sayur, lauk (semua jenis, tiada pantang)
               dan air jus. Dapatan ini didapati selari dengan jawapan yang diberikan oleh responden doktor perubatan
               moden bahawa mereka tidak mempercayai herba dan rempah ratus boleh menjamin proses pemulihan
               luka  dalaman  wanita  selepas  bersalin  selain  melalui  ubat-ubatan  hospitan  dan  konsisten  mengambil
               pemakanan sihat sepanjang tempoh berpantang.

                       Selanjutnya,  dapatan  mengenai  perkaitan  di  antara  kepercayaan,  amalan  pemakanan  tradisi
               dengan kearifan lokal akan dipaparkan dalam Jadual 4 di bawah.



               Jadual 4

               Perkaitan Kepercayaan, Amalan Pemakanan Tradisi Dengan Kearifan Lokal


                   I          II               III              IV                 V

                                            Amalan                             Perkaitan
                  Bil.   Kepercayaan      Pemakanan       Tujuan/ Rasional   dengan Kearifan
                                            Tradisi                              Lokal
                   1   Berpantang       1. Minuman       Penyembuhan/      ◆  Pengetahuan
                       boleh              (Panas/suam):   Ketahanan          lokal/
                       meningkatkan                      Tubuh:              tempatan -
                       kesihatan diri     ◆  air masak                       dikumpul dan
                                                         ◆  Rahim cepat
                                          ◆  susu          sembuh            diuji
                                                                             berdasarkan
                                          ◆  air soya    ◆  Rahim kuat       pengalaman





               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 30 -
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48