Page 41 - Proceedings Collega2023
P. 41

Berdasarkan Jadual 3.2 di atas,  majoriti, iaitu 10(71.4%) responden yang terdiri daripada 1(7.1%) -IM;
               4(28.5%)-IP dan 5(35.7%)-IL didapati menjawab ‘Ya’. Golongan IL didapati mendominasi diikuti IP dan
               paling rendah dicatat IM. Ini menunjukkan bahawa IL dan IP lebih mengikut nasihat ahli keluarga dan
               bidan dalam pemilihan makanan yang cenderung pada sayur-sayuran seperti sawi, lobak putih; herba
               (kecur, cekur, makjun) dan bawang putih goreng/bakar serta susu kambing. Manakala berbaki 4(28.5%)
               responden memberi jawapan ‘Tidak’ yang didominasi oleh golongan IM, sebanyak 3,21.4%; IP sebanyak
               1(7.1%) dan Ø - IL. Dapatan memperlihatkan IM  cenderung memilih  makanan yang lebih moden seperti
               buah -buahan  kurma dan avokado serta protein, iaitu ikan Salmon.

                       Dapatan sekali lagi memperlihatkan bahawa pola pemakanan golongan IM lebih cenderung pada
               buah-buahan avokado yang tinggi asid amino dan glutation yang bertindak sebagai anti oksida, memberi
               rasa kenyang yang panjang kepada ibu ketika berpantang; buah-buahan kering (kurma, kismis dan aprikot)
               yang boleh memberi tenaga dengan cepat serta merangsang penghasilan susu badan; makanan tinggi
               protein seperti ikan salmon untuk mempercepatkan penyembuhan luka; dan oat yang tinggi zat besi bagi
               mengelakkan gejala anemia ketika berpantang (https://my.theasianparent.com/pantang-bersalin-czer).
               Dapatan ini didapati selari dengan Kamaruddin, Zahari, Muhammad, Amir, & Azdel (2013) yang turut
               menunjukkan bahawa  perbezaan kepercayaan yang ketara tentang keperluan pemakanan tradisi ketika
               berpantang di antara  golongan ibu muda dan ibu lama telah  menyebabkan pola pemilihan makanan dua
               generasi ini  turut berbeza.

                       Golongan IP dan IL pula cenderung mengambil makanan tradisi yang mudah diperoleh di kawasan
               persekitaran mereka seperti sayur-sayuran hijau yang tinggi mineral, vitamin dan anti oksida seperti sawi
               dan  lobak  putih  (meningkatkan  sistem  imun,  melegakan  sakit  perut  dan  sembelit, lobak  putih amat
               digalakkan untuk diambil  semasa  tempoh wanita  berpantang untuk  menggalakkan  penghasilan  susu
               badan. Kebaikan lain lobak putih ini dikatakan dapat mencegah masalah buah pinggang dan kencing tidak
               lawas. Selain itu, pengambilan kencur didapati dapat membantu melancarkan sisa-sisa darah nifas dan
               membuat tubuh  menjadi lebih segar dan sihat ketika berpantang . Daun cekur pula dimakan sebagai ulam
               atau  acar  bagi  tujuan  mengecutkan  rahim  dan  turut  digunakan  responden untuk menggalakkan
               pembuangan  angin  (https://www.impiana.my/1001-manfaat-daun-cekur-untuk-kesihatan-tubuh-yang-
               ramai-masih-belum-tahu/). Bawang putih didapati tinggi komponen yang bersifat  sulfur allicin - boleh
               membantu mengatasi masalah rambut gugur wanita berpantang selain dapat mengawal berat badan dan
               mempercepatkan penyembuhan luka. Manakala susu kambing pula, ialah salah satu makanan sunnah
               yang  boleh  membantu  meningkat  susu  badan  wanita  berpantang.  Liamputtong  et.  al  (2005),  Sahar
               Mansour Lamadah (2013) dan Razanah Ramya et. al (2022) turut mendapati pengambilan herba boleh
               membantu meningkatkan susu badan mengelakkan badan sejuk.

                       Selanjutnya,  dapatan  analisis  dan  huraian  tentang  pengaruh  kepercayaan  tentang  mengawal
               kuantiti dan jenis makanan  ketika berpantang dapat memberikan manfaat kepada kesihatan responden
               dipaparkan dalam/selepas Jadual 3.2 di bawah.













               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 28 -
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46