Page 39 - Proceedings Collega2023
P. 39
1(7.1%)-IM; 3(21.4%)-IP dan IL; manakala kekerapan kedua tinggi bagi ialah ‘Tiada masalah/minum
seperti biasa’ dicatat oleh 4(28.5%) responden (3,21.4%-IM; 1,7.1%-IP; dan Ø-IL). Kategori ‘Kerap buang
air kecil’ menunjukkan kekerapan ketiga tinggi melalui 3(21.4%) responden (Ø-IM; 1,7.1%-IP; dan
2(14.2%)-IL). Tiada responden yang mengatakan tujuan mengelak bentan. Responden turut mengatakan
mereka mengambil minuman suam/panas seperti air masak, susu, soya, teh ‘O” dan air milo sepanjang
tempoh berpantang dan mengelakkan air sejuk/berais. Hal ini membuktikan bahawa Golongan IP dan IL
lebih percaya bahawa kuantiti yang diambil akan dapat mengelakkan mereka mengalami gejala perut
buncit dan mengelak kerap membuang air kecil yang akan menjejaskan luka di bahagian alat sulit selepas
bersalin. Manakala golongan IM lebih percaya kepada nasihat doktor perubatan bahawa luka akan dapat
disembuhkan dengan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital maka, kuantiti air yang diambil
tidak menjejaskan mereka malah boleh menambahkan susu badan untuk manfaat bayi menyusu.
Dapatan ini selari dengan yang ditemui oleh Aaron et. al (2010), Sahar Mansour Lamadah (2013) dan
Razanah Ramya et. al (2022), iaitu 60.5% dan majoriti wanita mengurangkan pengambilan air sejurus
bersalin bagi tujuan penyembuhan luka lebih cepat apabila kurang kerap membuang air kecil.
Seterusnya, bagi aspek pengambilan makanan berbentuk herba ketika berpantang
memperlihatkan majoriti responden bersetuju dengan jawapan ‘Ya’, iaitu 9(64.3%) responden (1,7.1%-
IM; 4,28.5%-IP; dan 4,28.5%-IL). Reponden kemudiannya diminta memberikan tujuan mereka mengambil
makanan herba; yang membentuk empat kategori jawapan, iaitu i). menguatkan badan, ii). ibu yang
suruh, iii). memastikan badan kekal segar, dan iv). membantu proses penyembuhan luka dalaman, beri
tenaga, bantu proses penghadaman. Jenis herba yang diambil ialah Nona Roguy, manjakani, ibu kunyit,
jeli gamat, rempah ratus, air kunyit dan air halia. Kekerapan kedua tinggi ialah jawapan ‘Tidak’ yang
diwakili oleh 5(35.7%) responden’ iaitu 3,21.4%-IM; 1,7.1%-IP; dan 1,7.1%-IL. Responden yang
mengatakan ‘Tidak’ ini majoritinya terdiri daripada golongan IM dan alasan yang diberikan membentuk
lima kategori, iaitu i).percaya pada sains - semua makanan ada khasiat bukan herba semata-mata; ii).
vitamin terbaik, iii). hanya mengambil herba tertentu sahaja, iv). tidak percaya, dan v). tidak berminat.
Pilihan makanan responden dalam kategori ini ialah vitamin, vitamin tambahan dan ubat-ubatan hospital.
Dapatan ini membuktikan bahawa terdapat pola pemakanan yang berbeza di antara golongan IM, IP dan
IL. IM secara majoritinya lebih mempercayai perubatan moden untuk memberi tambahan tenaga dan
khasiat berbanding pemakanan tradisi seperti jamu/herba maka vitamin dan herba tertentu sahaja yang
diambil. Ini sangat berbeza dengan golongan IL yang masih mengamalkan herba/jamu tradisi terutama
manjakani, ibu kunyit, rempah ratus dan sebagainya yang memang terkenal dalam kalangan orang Melayu
lama sebagai agen penyembuhan dalaman yang sangat baik.
Selanjutnya, dapatan analisis dan huraian tentang pengaruh kepercayaan tentang penambahan
jumlah susu badan dengan pemakanan tradisi ketika berpantang dipaparkan dalam/selepas Jadual 3.2 di
bawah.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 26 -

