Page 38 - Proceedings Collega2023
P. 38

Mengapa?                                                Pengambilan selain
                                                                          herba/jamu:
                  ◆   Percaya pada sains -
                      semua makanan ada                                   ◆   Vitamin
                      khasiat bukan herba
                                                                          ◆   Vitamin
                      semata-mata
                                                                              tambahan
                  ◆   Vitamin terbaik
                                                                          ◆   Ubatan
                  ◆   Hanya mengambil                                         hospital
                      herba tertentu

                      sahaja

                  ◆   Tidak percaya

                  ◆   Tidak berminat
                                                                    14
                                     Jumlah
                                                                  (100)

                  Rujukan:

                  IM   Golongan ibu muda                ∑    Jumlah

                  IP   Golongan ibu pertengahan         %    Peratus

                  IL   Golongan Ibu lama                Ø    Tidak Berkaitan


                       Berdasarkan Jadual 3 (3.1), jawapan responden diklasifikasikan ke dalam tiga kategori, iaitu ‘Ya’,
               ‘Sebahagiannya percayalah’, dan ‘Tidak percaya langsung’. 7(50.0%) responden ( Ø - IM; 2,14.2%-IP; dan
               5,35.7%  -  IL)  menjawab  ‘Ya’  sekali  gus  memperlihatkan  dominasi.  Ini  menunjukkan  ibu  lama  lebih
               mempercayai  bahawa  berpantang  boleh  meningkatkan  kesihatan  diri  mereka  atas  faktor  ilmu
               pengetahuan yang diturunkan oleh ahli keluarga berbanding ibu muda dan ibu pertengahan yang telah
               mengalami  arus  pemodenan  dan  memilih  untuk  percaya  kepada  perubatan  moden.    Dapatan  turut
               menunjukkan golongan IP dan IL mengatakan mereka mengambil makanan berupa jamu/herba, minum
               minuman yang suam/panas, mengambil protein seperti ikan haruan dan makanan bernutrisi sepanjang
               proses berpantang untuk mempercepat proses pemulihan kesihatan diri selepas bersalin. Seterusnya,
               kekerapan kedua tinggi ialah 4(28.5%) responden, iaitu 3(21,45)-IM; 1(7.1%)- IP; dan Ø - IL yang menjawab
               ‘Tidak percaya langsung’ manakala kekerapan terendah ialah 3(21.4%) responden (1,7.1% - IM; 2,14.2% -
               IP;  dan  Ø-  IP)  menjawab  ‘Sebahagiannya  percayalah’.    Dapatan  ini  membuktikan  bahawa  IM  lebih
               cenderung  berpantang  secara  moden  dan  tidak  mempercayai  berpantang  dan  mengambil  makanan
               tradisi  boleh meningkatkan kesihatan diri mereka.
                       Dari  aspek  mengurangkan  jumlah  pengambilan  air  sejurus/seminggu  selepas  bersalin,  empat
               kategori tujuan dalam jawapan temu bual responden ditemui, iaitu untuk mengelakkan i).perut buncit,
               ii).bentan, iii).kerap buang air kecil, dan iv).tiada masalah/minum seperti biasa.  Didapati tujuan untuk
               mengelakkan perut buncit mewakili kekerapan tertinggi melalui 7(50.0%) responden yang terdiri daripada



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 25 -
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43