Page 45 - Proceedings Collega2023
P. 45
5 Mengelakkan ◆ Avokado ◆ Badan kekal
bentan/ angin segar dan
◆ Kurma
meroyan/ sejuk bertenaga
badan ◆ Kismis
◆ Elak bentan
6 Menguatkan ◆ Aprikot
emosi dan ◆ Elak meroyan
fizikal ◆ Emosi dan
5. Herba/Jamu: fizikal kuat
◆ Makjun
◆ Nona Roguy
Jadual 4 memperlihatkan kepercayaan yang mempengaruhi amalan pemakanan tradisi responden
terbahagi kepada enam jenis, iaitu, i). berpantang boleh meningkatkan kesihatan diri, ii). mengurangkan
pengambilan kuantiti air sejurus/ seminggu selepas bersalin boleh elak perut buncit & kerap buang air
keci, iii). mengambil herba ketika berpantang untuk mempercepat proses penyembuhan luka, iv).
menambahkan susu badan dan mengawal bayi daripada demam kuning/panas, v).mengelakkan
bentan/ angin meroyan/ sejuk badan, dan vi).menguatkan emosi dan fizikal. Dapatan turut
menunjukkan bahawa kepercayaan responden telah membentuk lima kategori makanan, iaitu kategori
i). Minuman, ii). Nasi, iii). Lauk, iv). Sayur-sayuran & Buah-buahan, serta v). Herba/Jamu. Keempat-empat
kategori makanan tradisi yang diamalkan oleh responden ini didapati untuk memenuhi empat aspek
keperluan kesihatan wanita sepanjang tempoh berpantang, iaitu i). Penyembuhan/Ketahanan tubuh-
rahim cepat sembuh, rahim kuat dan luka jahitan/pembedahan cepat sembuh, ii). Kecantikan- elak perut
buncit/ gemuk dan elak rambut gugur, iii). Manfaat Ibu dan Bayi - menambah kuantiti dan kualiti susu
badan; serta elak bayi menghidap demam kuning/panas; dan iv). Pengurusan diri- kurang kerap buang air
kecil; mengelakkan masalah penghadaman; mengelakkan angin; lawas; badan kekal segar dan bertenaga;
elak bentan; elak meroyan; emosi & fizikal kuat.
Selanjutnya, kepercayaan didapati membentuk pengetahuan dalam kalangan responden yang
seterusnya mempengaruhi amalan pemakanan mereka. Situasi ini telah membuktikan perkaitan yang
signifikan dengan kearifan lokal masyarakat Melayu; diklasifikasikan kepada empat aspek, iaitu i).
pengetahuan lokal/ tempatan; ii). Pengaruh budaya dan tradisi dalam kehidupan orang Melayu -
penghargaan terhadap nilai-nilai budaya dan peranan ibu dalam keluarga dan masyarakat; iii). Penekanan
kepada kesihatan dan kesejahteraan individu dalam konteks budaya Melayu; dan iv). Seni lanskap Melayu
- menanam pokok herma sekitar rumah. Perbahasan berkenaan kearifan tempatan ini mempunyai
hubungan dengan budaya masyarakat Melayu. Kepercayaan tercakup ke dalam elemen budaya yang
merupakan satu bentuk amalan/perbuatan yang terhasil daripada pemikiran dan idea individu atau
kelompok dan bersifat kompleks.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 32 -

