Page 35 - Proceedings Collega2023
P. 35

Selanjutnya, analisis dan dapatan mengenai tahap pengetahuan responden tentang amalan berpantang
               dan pemakanan tradisi dipaparkan dalam Jadual 2 di bawah.

               Jadual 2

               Pengetahuan Tentang Berpantang dan Amalan Pemakanan Tradisi


                                Soalan                  Kategori Jawapan     Jumlah     %


                  Adakah anda tahu tentang perlunya   Tahu                     11      76.8
                  menjaga pemakanan ketika            Tahu tapi kurang
                  berpantang                          dipraktikkan              3      21.4


                                           Jumlah                              14      100

                                                      Keluarga                 12      85.7
                                                      Sahabat                   2      14.3
                  Bagaimanakah anda mengetahui
                  tentang amalan berpantang?          Internet/ Buku/           5      35.7
                                                      Majalah

                                                      Hospital/Doktor/Bidan     2      14.3

                                           Jumlah                              21      100

                  Adakah keluarga memainkan           Ya/ Sudah tentulah       14      100
                  peranan besar dalam amalan
                  pemakanan ketika berpantang?        Tidak/ Tidak sangat       Ø       Ø

                                           Jumlah                              14      100



                       Jadual  2  memperlihatkan  tahap  pengetahuan  responden  tentang  amalan  berpantang  dan
               pemakanan  tradisi  yang  mereka  pernah  lalui.  Seramai  11(76.8%)  responden  didapati  tahu  mengenai
               keperluan  menjaga  pemakanan  ketika  berpatang;  hanya  3(21.4%)  sahaja  yang  tahu  tapi  kurang
               mempraktikkan amalan tersebut. Selain itu, majoriti responden memperoleh pegetahuan tentang amalan
               berpantang  daripada  ahli  keluarga,  terutama  ibu  dengan  jumlah  12(85.7%);  5(35.7%)  bersumberkan
               internet/buku/majalah  manakala  2(14.3%)  melalui  sahabat  dan  hospital/doktor/bidan,  masing-
               masingnya.  Seterusnya,  didapati  kesemua  14(100%)  responden  bersetuju  bahawa  ahli  keluarga
               memainkan  peranan  yang  besar  dalam  mencorakkan  amalan  pemakanan  ketika  berpantang  mereka.
               Dapatan ini menunjukkan bahawa responden masih dipengaruhi oleh ahli keluarga dalam mencorakkan
               amalan pemakanan ketika berpantang. Hal ini juga membuktikan bahawa peranan ibu, sebagai individu
               yang berperanan paling signifikan dalam menurunkan ilmu warisan pemakanan tradisi kepada anak ketika
               dalam pantang.





               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 22 -
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40