Page 33 - Proceedings Collega2023
P. 33
Justeru, analisis ini mengaplikasikan metod temu bual separa struktur terhadap 14 responden yang dipilih
secara rawak dan terdiri daripada dua kategori, iaitu:
I) sepuluh wanita yang mempunyai pengalaman bersalin dan berpantang mewakili (a).golongan ibu muda
(berusia 20 hingga 29 tahun), (b).golongan ibu pertengahan (berusia 30 hingga 39 tahun), dan
(c).golongan ibu lama (berusia 40 tahun dan ke atas)
II) empat responden mewakili golongan bidan, iaitu (a).dua orang bidan kampung dan (b). dua orang
bidan moden.
Temu bual berlangsung selama 30 hingga 45 minit - maklumat yang diperolehi daripada 14 responden
dalam tempoh masa ini didapati mencukupi bagi mengumpul data kajian; soalan temu bual terbahagi
kepada dua bahagian, iaitu I) Soalan demografi (umur, pendidikan, pekerjaan, jumlah anak, kaedah
bersalin dan sebagainya), II) Soalan berkaitan kepercayaan dan amalan pemakanan tradisi serta perkaitan
dengan kearifan lokal. Data temu bual kemudiannya ditranskripsi dan dianalisis untuk menentukan
klasifikasi kepercayaan dan pengaruhnya terhadap amalan pemakanan tradisi ketika berpantang melalui
kaedah analisis tematik. Seterusnya perkaitan kepercayaan dan amalan pemakanan tradisi dengan
kearifan lokal Melayu dianalisis melalui kaedah literatur dan berdasarkan pengetahuan/ kearifan pengkaji.
Data yang diperoleh kemudiannya dipaparkan secara berjadual dengan jumlah dan peratusan tertentu
diikuti dengan huraian bersifat kualitatif.
Dapatan Kajian dan Perbincangan
Dapatan analisis dibincangkan dengan menghuraikan maklumat mengenai (i). data demografi -
Jadual 1; (ii). tahap pengetahuan responden tentang amalan berpantang - Jadual 2, (iii). pengaruh
kepercayaan dengan amalan pemakanan tradisi responden ketika berpantang dalam Jadual 3 (3.1, 3.2 dan
3.3), dan (iv). perkaitan kepercayaan dan amalan pemakanan tradisi dengan kearifan lokal.
Jadual 1
Data Demografi
Ciri Kategori Jumlah %
Melayu 12 85.7
Keturunan Melayu Campur
2 14.3
(Cina, India, Bugis dan lain-lain)
Jumlah 14 100
20 hingga 29 tahun 4 28.6
Umur 30 hingga 39 tahun 5 35.7
40 tahun dan ke atas 5 35.7
Jumlah 14 100
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 20 -

