Page 32 - Proceedings Collega2023
P. 32

Mereka turut mendapati bahawa persamaan dan perbezaan dalam melaksanakan rawatan pranatal dan
               selepas  bersalin  di  Malaysia  adalah  dipengaruhi  oleh  kepercayaan,  budaya,  pantang  larang  dan
               persekitaran tempatan.

                       Berdasarkan sorotan kajian yang diberikan, didapati terdapat kelompangan dari aspek analisis
               data  yang  melibatkan  kepercayaan  dan  amalan  pemakanan  dan  perkaitannya  dengan  kearifan  lokal
               masyarakat Melayu. Justeru, kajian ini akan menganalisis perkaitan di antara ketiga-tiga aspek tersebut
               dengan  menggunakan  data  responden  yang  terdiri  daripada  tiga  golongan  ibu,  iaitu  ibu  muda,  ibu
               pertengahan dan ibu lama bagi menghasilkan dapatan yang lebih menyeluruh.

               Permasalahan Kajian

                       Kebanyakan kajian yang meninjau kepercayaan dan amalan pemakanan wanita ketika berpantang
               lebih menjurus pada aspek kepercayaan tradisi dengan amalan pemakanan, perbezaan kepercayaan dan
               pemakanan  di antara golongan muda dan lama, dan etno-botani dalam kalangan bidan kampung (Sahar
               Mansour Lamadah, 2013; Kamaruddin, Zahari, Muhammad, Amir, & Azdel, 2013; Razanah Ramya et.al,
               2022). Kajian-kajian ini secara jelas bertumpu pada analisis dan dapatan yang bersifat saintifik serta tidak
               melihat  perkaitan  konteks  kepercayaan  dan  amalan  pemakanan  tradisi  dengan  nilai-nilai  yang  wujud
               dalam  kearifan  lokal  masyarakat  Melayu.  Situasi  ini  memperlihatkan  kekurangan  kajian  yang  bersifat
               kualitatif bagi memperlihatkan kebijaksanaan dan nilai-nilai murni yang wujud dalam kearifan lokal dari
               aspek amalan pemakanan tradisi ketika berpantang dalam kalangan wanita Melayu.

                       Selain itu, dapatan pengkaji lepas menunjukkan bahawa majoriti wanita dari kawasan luar bandar
               lebih percaya dengan kaedah berpantang secara tradisi berbanding yang tinggal di kawasan bandar (Ali &
               Chapman, 2007). Ini menunjukkan kepercayaan terhadap amalan pemakanan tradisi ini semakin menurun
               terutama  dalam  kalangan  ibu  muda  disebabkan  faktor  globalisasi  dan  pendidikan  tinggi    yang
               memperlihatkan mereka sering mempertikai dan mempersoalkan kewibawaan amalan tradisi yang ada
               (Counihan, 1999 dalam Kamaruddin, Zahari, Muhammad, Amir, & Azdel, 2013). Situasi ini memperlihatkan
               perlunya kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kepercayaan dan amalan pemakanan tradisi dalam
               kalangan wanita Melayu serta perkaitannya dengan kearifan lokal yang ada. Dapatan akan menjadi rujukan
               generasi akan datang akan kepentingan melestarikan amalan warisan tradisi supaya tidak dilupakan.

               Objektif

               Kajian ini menggariskan tiga objektif, iaitu:

               i)  mengenal pasti pemakanan tradisi  yang masih diamalkan oleh wanita Melayu ketika  berpantang;
               ii)    menganalisis pengaruh kepercayaan dengan  amalan pemakanan tradisi ketika berpantang; dan
               iii)   menganalisis perkaitan kepercayaan serta amalan pemakanan tersebut dengan kearifan lokal.


               Metodologi

                       Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif yang didapati paling sesuai untuk menganalisis proses
               sosial yang berlaku berdasarkan pandangan/pengalaman individu dalam konteks tertentu  (Esterberg,
               2002    seperti  yang  dipetik  dalam  M.S.Y  Kamaruddin  et.  al,  2014).  Melalui  kaedah  ini,  penelitian  dan
               pemahaman tentang kepercayaan dan amalan pemakanan tradisi dalam kalangan wanita Melayu ketika
               berpantang serta perkaitannya dengan kearifan lokal Melayu dapat diperoleh secara lebih mendalam.



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 19 -
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37