Page 15 - Proceedings Collega2023
P. 15

PENGARUH ASING DALAM KEARIFAN TEMPATAN SENI URUTAN
                                                         MELAYU


                                                                         1
                                                   Mardian Shah OMAR*
                                         Tengku Intan Marlina TENGKU MOHD ALI     2
                                                  Nurul Haniza SAMSUDIN   3
                                                   Nur Amirah CHE SOH   4
                                                                            5
                                               Nur Azimah MOHD BUKHARI
                                1,2,3,4,5 Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Malaysia
                                                  1 mardianso@um.edu.my
                                                   2 inmarlin@um.edu.my
                                                  3 haniza_85@um.edu.my
                                              4 nuramirah_chesoh@um.edu.my
                                               5 azimah_bukhari@um.edu.my



                                                        ABSTRAK

                       Hari  ini  seni  urutan  Melayu  yang  juga  merupakan  salah  satu  kearifan  tempatan,  semakin
               mendapat  permintaan  ramai.  Permintaan  yang  tinggi  daripada  masyarakat  sekeliling  ini  telah
               menyebabkan lebih ramai individu sama ada dari dalam ataupun luar negara cuba melibatkan diri dalam
               industri ini. Hal ini menyebabkan kearifan tempatan ini mula dipengaruhi oleh unsur asing dan menjadi
               bercampur-baur. Justeru, kajian ini cuba mengenal pasti pengaruh asing yang memanipulasi seni urutan
               Melayu tradisional ini dan apakah aspek yang telah dipengaruhi dalam kearifan tempatan ini. Kajian ini
               menerapkan kaedah kualitatif deskriptif bagi menganalisis data, iaitu yang dibuat secara temu bual dan
               pemerhatian  langsung.  Seramai  lapan  orang  tukang  urut  ditemu  bual  dan  pemerhatian  langsung  di
               tempat-tempat urut yang terpilih, iaitu di sekitar Lembah Klang, termasuklah Kuala Lumpur dan Selangor.
               Hasil kajian menunjukkan terdapatnya pengaruh asing dalam aspek jenis urutan yang dianuti, teknik yang
               diaplikasi  dan  bahan-bahan  yang  digunakan.  Terdapat  juga  penglibatan  daripada  orang  asing  seperti
               Indonesia, Thailand, Myanmar, India, dan China. Seni urutan Melayu tradisional ini perlu diberi perhatian
               dan  dijadikan  satu  program  latihan  yang  formal  agar  kearifan  tempatan  ini  tidak  terus  hilang  tanpa
               pewarisnya mahupun lenyap di bawah pengaruh asing.


               Kata kunci: urutan, seni, Melayu tradisional, kearifan tempatan, pengaruh asing











               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 2 -
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20