Page 108 - Proceedings Collega2023
P. 108

Gambar 3

                       Lakaran menunjukkan permisahan antara tiang gantung (berstruktur) dengan buah buton (tidak
               berstruktur)





























                       Oleh itu, kehadiran tiang gantung dan buah buton tidak dapat dipisahkan; sama ada di dalam atau
               di luar serambi dan rumah ibu. Walaupun kedua-dua elemen adalah bahagian penting dalam rumah, kajian
               ini hanya memberi penekanan kepada buah buton kerana mempunyai kaitan yang agak besar dengan
               konteks budaya masyarakat Minangkabau. Bukan struktur ini elemen rumah mengandungi makna falsafah
               dan nilai yang memerlukan penghuraian lanjut.

               Metodologi

                       Kaedah kualitatif merupakan kaedah yang digunapakai bagi mencapai objektif penyelidikan ini.
               Oleh itu, dua data dirujuk berdasarkan kaedah ini iaitu data sekunder dan data primier. Data sekunder
               menjurus  kepada  pengumpulan  data  yang  melibatkan  rumah-rumah  yang  terpilih  sebagai  sampel
               penyelidikan. Manakala, data primier pula adalah melibatkan temubual yang bertujuan mengumpul data
               berdasarkan jawapan dari para informan. Oleh itu, kedua-dua kaedah tersebut digabungkan bagi mencari
               keselarian  keputusan  yang  melibatkan  konteks  agama  dengan  kehidupan  masyarakat  Adat  Perpatih
               terhadap buah buton.

               Pengumpulan Data

                       Pengumpulan  data  (data  sekunder)  merupakan  kaedah  sekunder  iaitu  pemilihan  rumah  yang
               mempunyai buah buton adalah berdasarkan dua sumber iaitu (1) Buku Raja Nafida Raja Shahminan (2007)
               "Rumah Tradisional Luak Tanah Mengandung: Kajian Inventori Rumah Bumbung Panjang" iaitu Rumah
               Datuk Muar Bongkok di Kampung Parit Seberang, Kuala Pilah, dan (2) Rumah Sali di Kampung Talang
               Tengah telah dipilih.




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 95 -
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113