Page 81 - Proceedings Collega2023
P. 81
ANALISIS APLIKASI KOD JAWI DI DALAM BIDANG SENI BINA – UKIRAN
MELAYU
Nurul Syala ABDUL LATIP* 1
1
Noor Hayati ISMAIL*
Shahril MOHAMAD* 2
3
Indirawati ZAHID*
1 Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan, Malaysia
2 Institut Tahfiz Al-Quran lil Muttaqin, Selangor, Malaysia
3 Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
1 nurulsyala@usim.edu.my
1 noorhayatiismail@usim.edu.my
2 ideahead1430@gmail.com
3 indirawati@um.edu.my
ABSTRAK
Sejarah telah membuktikan bahawa tulisan jawi telah sekian lama menjadi tulisan yang
membolehkan penerokaan ilmu baru berlaku terutama ilmu dari Al-Quran. Sejak ia diperkenalkan di
Nusantara, banyak ilmu yang berkembang menggunakan tulisan jawi. Tetapi kini, penerokaan ilmu
menggunakan tulisan jawi sudah kurang dipraktikkan malah kajian tulisan jawi kini banyak tertumpu
kepada seninya. Pengkajian tadabbur Al-Quran yang telah di buat selama lebih 15 tahun yang lalu oleh
pengkaji dari Maahad Tahfiz Al-Quran lil Muttaqin telah menghasilkan penemuan baru yang dinamakan
Kod Jawi. Kod Jawi adalah satu sistem pemaknaan Bahasa yang membolehkan penerokaan ilmu
menggunakan tulisan jawi berlaku semula. Objektif kertas kerja ini adalah untuk menganalisis aplikasi kod
jawi kepada pemaknaan di sebalik perkataan ‘ukiran Melayu’ dan keterkaitannya dengan filosofi ukiran
Melayu. Metodologi kualitatif dengan teknik analisis kandungan kod jawi dan temu bual mendalam telah
digunakan di dalam pengkajian ini. Kajian ini mendapati bahawa kod jawi ini mempunyai potensi besar
dan dapat digunakan sebagai mekanisme untuk menerokai dan memahami falsafah di sebalik ukiran
Melayu. Dengan kajian ini, didapati kod jawi dapat membuka jalan kepada tulisan jawi untuk menjadi
relevan semula sebagai tulisan asas dalam penerokaan ilmu dan boleh terus dianalisis kerelevanan kod
jawi di dalam penerokaan ilmu di bidang yang lain.
Kata Kunci: Kod Jawi; tulisan Jawi, ukiran melayu; seni bina, penerokaan ilmu;
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 68 -

