Page 117 - Proceedings Collega2023
P. 117
kepada pergerakan yang merujuk kepada adab dan penghormatan. Berikut merupakan petikan daripada
penulisan Hamka;
“…Jangan menaikkan jari kiri ketika berbicara, jangan duduk bertongkat ruang (menaikkan lutut
sebelah) dekat orang yang kebih tua. Hendaklah berdiri seketika ada orang tua masuk, dan berdiri
pula sambil menghantarnya keluar, seketika prang tua itu akan pergi. Jikalau makan bersama-
sama dengan tetamu, janganlah lebih dahulu membasuh tangan, walaupun perut telah kenyang.
Jikalau merasa hendak mendahulu juga membasuh tangan, minta izinlah, tetapi siramkan air di
tempat cuci tangan itu ke piring sendiri, sehingga lebihnya tetap bersih. Jikalau makan bersenduk
dan bergapu, jangan sampai kedengaran ‘sepak-sintungnya’ dia atas piring. Jikalau meminum air
di gelas, janganlah sekali teguk sahaja. Jangan sendawa (membuang anging atau betahak)
sehingga kedengaran suara kerasnya did alam alat jamu. Jikalau meminum air panas yang
cangkirnya diberi bertadah atau bertatahkan, janganlah minum yang ditadah itu, melainkan
tunggu sampai dingin dengan sabar. Jangan meletakkan kopiah di atas lutut. Jikalau bertamu ke
rumah seorang teman, jangan mata diperliar. Perempuan tidak boleh tertawa nyaring...”
(Sebuah Karya Hamka: Falsafah Kehidupan, 2017).
Malah, Hamka turut menerangkan tentang perilaku dan perwatakan Penghulu khususnya di
Minangkabau yang mana mereka perlu ada perasaan merendah diri dan tidak mendongak dagu dengan
masyarakat sekelilingnya. Seperti disebut oleh Hamka (2015) dalam petikan di bawah;
“Di Minangkabau di bahagi pula kesopanan penghulu. Tidak boleh berlari di jalan raya, walaupun
basah kuyup oleh hujan. Tidak boleh menanggalkan kopiah, tidak boleh memanjat pohon, tidak
boleh menyinsinkan lengan baju, tidak boleh menyinsingkan kaki celana, tidak boleh berkata keras
dan sebagainya.”
(Hamka, 2015).
Ini jelas menunjukkan di sini bahawa, perkataan “bergaul” menjadi kunci utama dalam kehidupan
manusia iaitu hubungkait antara satu sama lain. Sama halnya hubungan manusia dengan alam yang amat
rapat dan menjadi peneman serta guru buat manusia. Oleh itu, reka bentuk buah buton menjadikan alam
terutamanya flora sebagai rujukan utama dalam pembikinan karya tradisi tersebut. Ini mewujudkan
perhubungan yang lagi rapat sebagai mengingati bahawa diri tidaklah keseorangan, sebaliknya hidup
bersama pencipta-Nya.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 104 -

