Page 116 - Proceedings Collega2023
P. 116
tidak bersandarkan untuk kepentingan diri sendiri, malah perlu berbincang untuk kepentingan semua
bersama dalam mendapatkan kesepakatan dalam mencapai sebuah muafakat. Jelas menunjukkan di sini
bahawa sifat alam dijadikan sebagai mesej dalam kehidupan masyarakat Adat Perpatih bagi mewujudkan
keharmonian dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan yang selari dengan ajaran Islam. Dinyatakan
bahawa, pemikiran pengukir dalam menghasilkan buah buton adalah melibatkan pelbagai aspek yang
merangkumi kehidupan masyarakat adat di Luak Tanah Mengandung, di samping ajaran Islam sebagai
tonggak utama terhadap pembikinan subjek tersebut.
Pengaruh ajaran Islam turut mempengaruhi lapisan tepat bentuk geometri buah buton yang
dipresentasikan daripada masyarakat Adat Perpatih di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan. Sebagai
seorang Muslim; peraturan-peraturan Islam adalah jelas dan tepat untuk diikuti oleh penganutnya yang
mana penekanannya kepada keseragaman pemikiran dalam kehidupan seharian. Lapisan yang berbeza
dalam potongan lurus yang membina bentuk buah buton mewakili penegasan kekuatan individu untuk
menyembah Allah mengikut peraturan dan ketertiban yang ditetapkan oleh agama. Justeru, pola hidup ini
selari dengan lafaz adat “adat bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah”. Pengulangan bentuk
yang serupa misalnya di rumah Dato’ Raja Diwangsa melibatkan pelbagai langkah yang diambil oleh ketua
adat yang perlu mengekalkan sikap dan adab yang diperintah oleh agama. Menurut Hamka (2015) dalam
“Tafsir Al-Azhar: Karya Agung Ulama Nusantara”, seorang pemimpin seharusnya berilmu dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab serta bijak menggunakan kuasa. Pemikiran dan kepercayaan yang
ringkas membawa kepada kesesuaian yang sama dalam membina masyarakat Islam yang menjunjung
sistem sosial dan budaya. Oleh itu, bersesuaian dengan ukiran tiga-dimensi tersebut yang dihasilkan dalam
kategori bukan struktur bagi rumah tradisional di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan.
Orang Minangkabau yang pernah merantau ke Negeri Sembilan dahulu membawa adat mereka
untuk membimbing dan memerintah masyarakat mereka. Melalui adat, seorang pemimpin adat
mempunyai kuasa untuk memerintah; di mana hasil daripada penyelidikan ini mendapati bahawa,
kedudukan buah buton tergantung di kedudukan tertentu mempunyai kaitan dengan adat. Penempatan
subjek tersebut merupakan idea memperkasakan adat melalui struktur kepercayaan asas yang sistematik.
Seorang pemimpin adat mempunyai pengaruhnya supaya penghormatan dapat diperoleh secara adil
daripada pengikutnya di luak. Pemimpin juga harus berada dalam keadilan yang sama untuk melaksanakan
kuasanya supaya masalah itu diselesaikan secara adil sekiranya ada perkara yang timbul dalam masyarakat.
Oleh itu, prinsipnya berkaitan dengan struktur imbangan (simetri dan asimetri) yang dibentuk dengan
bentuk buah buton yang membenarkan tetapan yang besar dalam parameter rumah. Lokasi dan latar yang
tepat berkaitan dengan kelayakan seseorang pemimpin untuk dilantik dan memerintah masyarakat.
Sementara itu, konteks keluarga merupakan sandaran utama buat masyarakat Adat Perpatih di Luak Tanah
Mengandung. Tanggungjawab pemimpin wajib memastikan perpaduan antara masyarakat dengan
kekerabatan.
Dalam Adat Perpatih, masyarakatnya sangat menekankan aspek kekeluargaan. Melalui sistem ini
juga, nilai-nilai seperti timbang rasa, tolong-menolong, persefahaman, setia, hormat menghormati dan
kejujuran disemai dalam diri ahlinya. Malah, Hamka dalam buku “Sebuah Karya Hamka: Falsafah
Kehidupan” (2017), telah menjelaskan perilaku dan perwatakan manusia sesama manusia berpandukan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 103 -

