Page 115 - Proceedings Collega2023
P. 115

Pemahaman ajaran Islam diperkuatkan lagi dengan struktur pembahagian ruang serambi yang
               menjadi tempat tergantungnya buah buton. Ini menjadikan ruang serambi sebahagian daripada kesenian
               yang merupakan antara konteks yang sangat rapat dengan masyarakat Adat Perpatih yang mana turut
               menjadikan seni binanya dipengaruhi daripada adat ini. Sebagai contoh kedudukan Datuk Penghulu dalam
               ruang serambi pada rumah tradisi ini adalah berada di hujung serambi. Berbeza pula keadaannya dengan
               tengah serambi yang dikhususkan untuk menyambut tetamu. Jika dilihat dari sudut adabnya, telah diajar
               kepada masyarakat kita tentang memuliakan tetamu. Perkara ini diceritakan dalam surah Az-Zaariyat, ayat
               24 – 26 yang berbunyi;



                       “Sudahkah  sampai  kepadamu  (Muhammad)  cerita  tetamu  Ibrahim  (malaikat-malaikat)  yang
                       dimuliakan? (Ingatlah)ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: “Salam sejahtera
                       kepadamu”, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu.” (Sambil berkata dalam hati):
                       “Mereka ini orang tidak dikenali.”. Maka diam-diam dia (Ibrahim) pergi menemui keluarganya,
                       kemudian dibawanya daging anak lembugemuk (yang dibakar).”



                                                                               (Surah Az-Zaariyat, Ayat 24 – 26).



                       Diceritakan  dalam  surah  tersebut  tentang  keperibadian  Nabi  Ibrahim  A.S.  yang  menyambut
               tetamu  yang  tidak  dikenalinya  dengan  menyediakan  santapan  kepada  tetamu  sebagai  meraikan
               kedatangan  mereka.  Begitu  juga  dengan  kehalusan  dalam  berfikir  masyarakat  Adat  Perpatih  dengan
               menempatkan tetamu yang hadir terus ke ruang yang berdekatan dengan tangga sebagai memudahkan
               pergerakan tetamu mereka. Ini jelas menunjukkan sifat adab yang melambangkan perwatakan yang baik
               dan positif dalam jiwa masyarakat adat khususnya di Luak Tanah Mengandung.

                       Merujuk kepada konteks visualnya, kedudukan tengah serambi ini berada berdekatan dengan anak
               tangga. Menurut Abdul Halim Nasir (2016), bahagian anak tangga ini kebiasaannya mempunyai ukiran
               motif ayam berlaga. Secara estetikanya, motif tersebut memperlihatkan gambaran dua ekor ayam jantan
               yang  beradu  kekuatan  dan  tenaga.  Secara  realitinya,  sudah  menjadi  sifat  ayam  jantan  apabila  saling
               bertemu pasti akan berlaga dalam memikat ayam betina bagi tujuan proses mengawan. Pengukir telah
               berimaginasi  dengan  melihat  sifat  alam  tersebut  dalam  mengetengahkan  mesej  bahawa  perbuatan
               berlaga  yang  disifatkan  sebagai  berbalah  atau  bermasam  muka  yang  merupakan  antara  perwatakan
               negatif manusia adalah satu sifat yang tidak baik dan tidak patut dijadikan ikutan. Oleh itu, kedudukan
               motif tersebut berada pada bahagian anak tangga yang menjadi tempat untuk dipijak oleh mereka yang
               naik ke atas rumah. Perkara ini bermaksud segala perbuatan yang melibatkan persefahaman atau berbeza
               pendapat yang seterusnya membawa kepada permusuhan adalah perlu ditinggalkan. Seperti itu apabila
               menerima tetamu, bukanlah menerima dengan hati berdendam, tetapi menerima mereka dengan hati
               yang terbuka bagi tujuan menjalinkan ukhuwah. Begitu juga dengan pangkal serambi yang menempatkan
               pemimpin-pemimpin adat dan anak-anak buah berkumpul untuk bermusyawarah. Perbincangan tersebut
               adalah lebih menjurus kepada hal-hal berkaitan adat dan kekeluargaan. Perjumpaan yang dilakukan pula


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 102 -
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120