Page 114 - Proceedings Collega2023
P. 114

Selain itu, setiap ukiran yang terdapat pada buah buton tidak menampakkan sebarang bentuk
               figura  seperti  manusia  atau  haiwan.  Menurut  semua  informan  dalam  artikel  ini  menyatakan  bahawa,
               buah-buahan merupakan subject matter yang dijadikan sebagai rujukan buat pengukir. Manakala, Hashim
               Sahad sebagai pengukir yang terdapat di Negeri Sembilan mengakui bahawa ukiran yang terdapat pada
               buah buton mempunyai maksud iaitu perlambangan terhadap pemimpin adat atau simbolik terhadap
               penghuni  rumah  tersebut.  Simbolik  tersebut  juga  dipengaruhi  dengan  nilai-nilai  Islam  yang  baik  dan
               semestinya dijadikan rujukan oleh penghuni rumah terutamanya mereka yang berstatus pemimpin.

                       Berdasarkan kepada pemerhatian tentang kehadiran buah buton, kebanyakan subjek tersebut
               hadir bersama dengan tiang gantung. Menurut Muhammad Pauzi Abd Latif, tiang gantung adalah elemen
               yang memainkan peranan dalam penyokong kepada struktur bangunan seperti menyokong struktur atap.
               Tambahnya lagi, tiang gantung ini juga sebagai simbol kepada pemimpin yang mempunyai pengaruh dalam
               Adat Perpatih. Kenyataan ini disokong oleh Raja Nafida Raja Shahminan dan Shamsuddin Ahmad. Menurut
               Raja Nafida Raja Shahminan lagi, tiang gantung adalah struktur yang tergantung bagi menyokong kepada
               struktur yang lain.

               Walau  bagaimanapun,  ragam  hias  yang  ada  pada  tiang  gantung  tiada  kaitan  dengan  pemilik  rumah
               mahupun yang memegang gelaran atau jawatan dalam Adat Perpatih (Muhammad Pauzi Abdul Latif).
               Berdasarkan kepada buku “Rumah Tradisional Luak Tanah Mengandung: Kajian Inventori Rumah Bumbung
               Panjang” oleh Raja Nafida (2007), telah menyatakan bahawa ragam hias yang dimaksudkan sebagai hiasan
               pada tiang gantung ialah buah buton. Menurut Raja Nafida Raja Shahminan, buah buton tidak terhad pada
               tiang  gantung  sahaja,  sebaliknya  terdapat  di  beberapa  bahagian  dalam  rumah  seperti  ruang  seperti
               serambi. Bentuk buah buton direka dengan pelbagai jenis bentuk berdasarkan kepada subject matter yang
               digunakan. Kenyataan tersebut diperkuatkan lagi dengan kenyataan Hashim Sahad bahawa, rekaan buah
               buton ini diinspirasikan daripada alam semula jadi dan diolah sejajar dengan ajaran Islam.

                       Kedua-dua elemen ini iaitu buah buton dan tiang gantung mempunyai makna yang berbeza. Dari
               segi fungsi, buah buton dikategorikan sebagai non-structural, manakala tiang gantung adalah structural
               (Raja  Nafida  Raja  Shahminan).  Ini  membuatkan  elemen  tersebut  sekadar  tergantung  bersama-sama
               dengan tiang gantung. Berbeza dengan tiang gantung yang mempunyai fungsinya yang tersendiri iaitu
               sebagai struktur bangunan.

                       Reka bentuk buah buton pada rumah terpilih merujuk kepada alam semula jadi. Manakala, setiap
               reka bentuk ini dicipta untuk disesuaikan dengan sistem Adat Perpatih terutamanya dalam konteks agama.
               Ini kerana reka bentuk buah buton merujuk kepada flora sebagai subjek yang selari dengan ajaran Islam
               yang melarang ukiran atau ciptaan mana-mana figura manusia atau haiwan. Berpegang teguh kepada
               agama  menjadikan  pemilik  rumah  yang  mengamalkan  Adat  Perpatih  lebih  dekat  dengan  Tuhan.
               Pengamalan  Islam  bukan  sahaja  agama  yang  dianuti  oleh  para  penghuni  rumah,  tetapi  juga  menjadi
               rujukan dan panduan kepada pengamal Adat Perpatih di Luak Tanah Mengandung khususnya. Seperti yang
               disebut dalam lafaz adat “adat bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah”. Malah, penghasilan
               buah  buton  turut  dipengaruhi  oleh  kata  adat  ini.  Oleh  itu, reka  bentuk  buah buton  yang  diukir  pada
               bahagian bawah tiang gantung merupakan salah satu elemen yang diterapkan pada rumah tradisional di
               Negeri Sembilan. Menurut Raja Nafida Raja Shahminan (2007), pembinaan rumah tradisional di Negeri
               Sembilan dibina dengan merujuk kepada Adat Perpatih yang berpandukan syarak.


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 101 -
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119