Page 1032 - Proceedings Collega2023
P. 1032

Mereka juga menyedari bahawa kempen ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan kaum di
               negara ini.  Keadaan ini menyebabkan dasar ini tidak banyak berbeza daripada dasar-dasar sebelumnya.
               Bagi  seetengah  peserta  menganggap  dasar  ini  seumpamanya  rebranding  bagi  dasar-dasar  lain  yang
               menjurus kepada perpaduan kaum (P8, P9).

                       Diperingkat  awal,  maklumat  konsep  ini  agak  kurang  dan  terhad  dan  lama  kelamaan  semakin
               merebak. Namun mereka mendakwa tumpuan kempen tertumpu di Kawasan bandar sahaja. Manakala
               Kawasan luar bandar dan pedalaman agar sukar mendapat maklumat atau kempen yang disampaikan(P4,
               P5).

                       Namun banyak maklumat Malaysia Madani diputar belitkan oleh pihak bekepentingan seperti
               pemimpin parti politik.  Malahan banyak maklumat di media sosial mengelirukan atau segaja di jadikan
               alatan propaganda bagi menghentam Kerajaan pemerintah sekarang. Kajian juga menunjukkan bahawa
               banyak maklumat yang diselewengkan menyebabkan kekeliruan (P4, P8).
                       Ada juga media sosial yang sengaja memberikan maklumat yang salah bagi tujuan propaganda
               politik. Kedaan ini lebih ketara dalam media sosial seperti tiktok dan penghantaran maklumat secara viral
               melalui whatsapp (P4, P7, P9)

                       Peserta juga menganggap konsep  ini agak kompleks dan perlu dbuat secara ringkas agar mudah
               difahami.  Mereka lebih suka mesej melalui infografik yang lebih mudah difahami (P1, P9).

                       Perkataan Madani dianggap  Islamik yang menyebabkan kurang selesa bagi kaum bukan  Melayu.
               Namun beberapa peserta menyatakan istilah itu tidak penting, namun kandungan Madani perlu bersifat
               sejagat (P5, P6).
                       Kajian ini mendapati hampir keseluruhan peserta  tidak begitu sedar kewujudan nilai teras dalam
               konsep  ini.  Setelah  penyelidik  menyebut  6  nilai  utama,  mereka  boleh  memberi  pandangan  yang
               memberangsangkan. Walaupun mereka sering mendengar dalam televisyen dan radio mengenai kempen
               Malaysia  Madani,  namun  secara  jujur  sebilangan  besar  kurang  jelas  mengenai  butiran  konsep  ini
               (P3,P7,P8).

                       Secara keseluruhan peserta bersetuju bahawa setiap Perdana Menteri akan memperkenalkan
               konsep  atau  dasar  sebagai  lambang  kepimpinan.  Contohnya  sebelum  in  diperkenalkan  Konsep  Satu
               Malaysia, Malaysia Perihatin dan sebagainya (P4, P10).

                       Kajian juga mendapati semua peserta sedar kewujuda jualan Rahmah sebagai produk Malaysia
               Madani.  Namun mereka mendakwa perkara ini bukanlah baharu kerana sebelum ini dasar-dasar seperti
               Malaysia Prihatin dan 1Malaysia juga berbuat pendekatan seperti jualan Rahmah (semua peserta).

               JADUAL 3
               Kategori Tema Persepsi Mengenai Kempen Malaysia Madani

                                                              Tema
                   1       Semua menyedari mengenai konsep Malaysia Madai tetapi dianggap baharu
                   2       Sebahagian besar mengakui kurang jelas mengenai butirannya

                   3       Mereka menyedari konsep ini popular buat Perdana Menteri sebelum ini
                   4       Peserta menyedari bahawa Malaysia Madani bertujuan untuk perpaduan kaum

                   5       Malaysia Madani berkaitrapat dengan Kerajaan Perpaduan

                   6       Banyak maklumat yang mengelirukan khususnya dalam media sosial



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1019
   1027   1028   1029   1030   1031   1032   1033   1034   1035   1036   1037