Page 1033 - Proceedings Collega2023
P. 1033
7 Maklumat Malaysia Madani di peringkat awal berkurangan. Lama kelamaan banyak
maklumat diperoleh
8 Setiap pemimpin memperkenalkan dasar nya tersendiri
9 Mereka lebih gemar maklumat yang ringkas dan padat seperti infografik
10 Banyak maklumat mengelirukan dan palsu khususnya di media sosial
11 Maklumat mengelirukan menyebabkan keresahan
12 Maklumat sering diputar belitkan kerana persoalan “propaganda politik”
13 Perkataan Madani kelihatan Islamik yang menyebabkan kurang selesa bagi bukan
Konsep Madani agak komplek namun perlu bersifat sejagat
14 Melayu
15 Nilai teras perlu diterjemahkan agar mudah difahami
16 Malaysia Madani perlu banyakkan produk dan bukan menjual konsep semata-mata
17 Jualan Rahmah antara yang rapat dengan Malaysia Madani
18 Secara keseluruhan peserta mendengar lagu tema Malaysia Madani
Malaysia Madani sepatutnya dipisahkan dengan wadah parti politik.
Pemahaman Belia Terhadap Nilai Malaysia Madani
Malaysia Madani seolah sama seperti dasar perpaduan dan dasar-dasar sebelumnya
Secara keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa peserta kurang memahami maksud setiap nilai yang
digariskan dalam Malaysia Madani. Namun mereka memahami frasa nilai berkenaan seperti kestabilan,
inovasi sebagai resepi kejayaan.
Namun bagi sesetengah peserta mengatakan yang lebih penting bukanlah nilai yang digariskan
tetapi lebih kepada sejauh mana niai berkenaan menjadi amalan dan budaya bagi setiap warga negara (P2,
P3, P7).
Beberapa peserta pula menyatakan nilai yang dianjurkan oleh Malaysia Madani banyak telah
dijelaskan dalam Prinsip Rukun Negara yang juga bermatlamat perpaduan kaum (P1, P5, P9).
Mereka juga mengharapkan agar setiap nilai dapat diterjemahkan menjadi sesuatu yang praktikal
dan dapat dirasai atau diperoleh oleh Masyarakat (P4, P10).
Bagi sesetengah perserta pula mengatakan bahawa nilai yang dinyatakan dalam Malaysia Madani
bukanlah perkara baharu. Seolah nilai ini dijadikan pakej baharu atau rebranding kerana sedia maklum
bahawa pendekatan produktiviti dan dasar Malaysia sebelumnya juga menyentuh perkara yang sama (P4,
P7, P8, P10).
Menurut peserta konsep kemampanan lebih mirip kepada Kestabilan baik dalam politik, ekonomi
dan lainnya. Namun kemampanan ini perlu diutamakan bagi memastikan negara ini dibaik pulih kerana
politicking dan juga akibat COVID-19 yang melanda negara ini (P1, P3, P4, P6, P8).
Ramai yang gulung tikar akademik wabak berkenaan dan memerlukan bantuan dan pihak Kerajaan
sekarang perlu menggunakan pendekatan lebih mampan agar ekonomi negara terus berkembang (PP2,
P7).
Namun pihak Kerajaan Madani perlu membuktikan segala janji yang pernah dinyatakan dalam
manifesto pilihanraya sebelumnya.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1020

