Page 1027 - Proceedings Collega2023
P. 1027
namun yang lebih penting kemajuan dari segi pemikiran dan peradaban. Dasar ini memperkenalkan
rangka kerja itu sebagai usaha memulih dan memacu kegemilangan dan maruah Malaysia di peringkat
global. Apabila kita mendalami perkataan Madani meletakkan visi beliau iaitu masyarakat yang
berkemahiran, bertamadun dan inklusif (Sualman I, 2023).
Malaysia Madani juga merupakan ikhtiar untuk memetakan strategi tata keloka dan pentadbiran
negara secara berkesan, menekankan kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya, yang berteraskan nilai,
etika atau akhlak. Madani juga berkait dengan dua konsep utama di dalamnya iaitu ketelusan dan
kerjasama. Ketelusan penting sebab ia menyentuh soal tadbir urus yang baik dan integriti. Malahan ini
sebenarnya menjadi fokus kepada kerajaan dan Perdana Menteri kita masa kini. Begitu juga dengan
konsep kedua iaitu kerjasama. Ini terserlah dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan hari ini hasil
muafakat dan kerjsama beberapa parti berbeza. Semangat ini perlu dibawa dalam konteks
pembangunan negara dan sudah tentu ia pemangkin kemajuan negara.
Menerusi buku yang dilancarkan, bertajuk “Membangun Negara Madani”, antara lain
mengangkat martabat manusia dan menegakkan keadilan menjadi asas penting dalam konteks falsafah
negara Madani. Konsep Madani juga meletakkan Islam satu kedudukan yang sangat istimewa kepada
umat manusia. Salah satu di antara konsep penting dalam masyarakat Madani ialah berlakunya
keseimbangan dan mampan. Keseimbangan ini memberi keadilan kepada seluruh rakyat tanpa melakukan
diskriminasi, kezaliman dan penindasan (Ibrahim A, 2023).
Rakyat yakin kerangka dasar baharu untuk negara dengan konsep Madani dapat membawa
perubahan besar kepada negara, terutama dalam merencanakan kepentingan rakyat. Pada masa sama,
perlu ada rangsangan lain untuk memenuhi matlamat atau agenda yang ditetapkan dalam tonggak
Madani. Ternyata Malaysia Madani akan membawa rakyat ke arah yang lebih baik, sama ada dari segi
ekonomi mahupun sosial. Namun sebaik mana pun sesuatu dasar, jika tidak difahami dan diterima oleh
masyarakat, maka dasar berkenaan kurang mendapat sambutan dan penglibatan oleh khalayak sasaran
(Sualman I, 2023). Kajian ini berhasrat untuk meninjau sejauh mana Malaysia Madani difahami dan
diterima dalam kalangan belia. Memahami penerimaan sesuatu dasar dapat membantu perancang
kempen untuk menyesuaikan dan melihat kembali strategi komunikasi bagi memastikan dasar ini
mendapat sambutan dan di terima oleh rakyat Malaysia.
Pernyataan Masalah
Teori Kegunaan dan Gratifikasi (Blumler & Katz, 1987) menerangkan bagaimana orang ramai
menggunakan media untuk keperluan mereka sendiri dan berpuas hati apabila keperluan mereka
dipenuhi. Teori itu berhujah apa yang orang lakukan dengan media dan bukannya apa yang media lakukan
kepada orang. Teori ini bertentangan dengan Teori Peluru Ajaib , yang menyatakan bahawa penonton
adalah pasif. Pendekatan teori ini berpusatkan pengguna atau audiens.
Menurut Sualman (2023) konsep dan falsafah negara madani secara naratifnya adalah untuk
mengangkat manusia, menegakkan keadilan dan beri kebebasan yang bertanggungjawab. Namun
kejayaan Malaysia Madani banyak bergantung kepada strategi komunikasi agar penyebaran maklumat
menyeluruh dapat menyedarkan dan diterima oleh masyarakat. Tatkala negara dipacu untuk maju dan
kadang kala tercemar kerana salah laku serta rasuah, selain keruntuhan nilai, Malaysia Madani menyuntik
kesedaran bersama dalam kalangan semua pihak untuk menghidupkan semula kekuatan leluhur bangsa
dengan nilai murni yang harus dikembangkan semula. Ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan iaitu
penggabungan beberapa parti politik sebagai pemerintah, Malaysia Madani diangkat sebagai agenda dan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1014

