Page 1036 - Proceedings Collega2023
P. 1036
17 Konsep Malaysia Madani adalah satu dasar yang baik namun perlu dikaji dan teliti semula
dalam pelbagai hal terutamanya soal “kesamarataan’ yang menyebabkan hak-hak istimewa
Orang Melayu tidak terjejas
18 Malaysia Madani mampu untuk mengembalikan negara ini untuk bangkit kerana ketidak
stabilan ekonomi dan politik.
19 Dasar ini tidak sepatutnya dipolitikkan
20 Isu 3R menjejaskan kejayaaan Malaysia Madani
Rumusan
Analisa kumpulan fokus menunjukkan bahawa persepsi mengenai Konsep Malaysia Madani secara
keseluruhannya masih rendah. Pemahaman mengenai nilai utama Malaysia Madani dalam kalangan belia
juga agak sederhana. Ia banyak bergantung kepada latar belakang dan pengalaman individu, persepsi,
norma dan nilai yang ada pada khalayak sasaran. Setiap individu akan mencari maklumat kerana mereka
ingin merapatkan jurang antara maklumat atau pengetahuan yang sedia ada dengan maklumat atau
pengetahuan yang ingin dicapainya. Proses mencari maklumat ini adalah kritikal kerana individu akan
memberikan penumpuan kepada maklumat yang sesuai dan boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapinya dalam sesuatu keadaan.
Oleh kerana Malaysia Madani masih baharu diperkenalkan, secara rumusan pemahaman
berkaitan dasar ini melibatkan proses perancangan awal dengan melihat faktor pencarian maklumat dan
kepercayaan dalam kalangan khalayak mengenai orientasi dasar dan seterusnya mendorong kepada
penerimaan nilai yang digariskan.
Hasil kajian ini sesuai dengan kempen komunikasi dalam usaha mencuba untuk membuat model
proses tingkah laku untuk memahami bagaimana faktor situasi individu boleh memberi kesan kepada
pencarian maklumat dan seterusnya membulatkan niat untuk modifikasi tingkah laku yang dirancang.
Kajian ini menunjukkan bahawa usaha pemahaman perlu mengambil kira dimensi situasi dan halangan
mendapatkan maklumat. Selain halangan fizikal khalayak kerana faktor inilah yang menentukan
pertimbangan sama ada seseorang itu ingin menerima atau menolak dasar Malaysia Madani.
Membangunkan strategi komunikasi untuk organisasi seperti Madani Malaysia memerlukan
pendekatan berstruktur. Kajian ini mencadangkan langkah-langkah untuk memberi kesedaran mengenai
nilai teras utama Malaysia Madani seperti berikut:
1. Tentukan Objektif dan Matlamat:
• Mulakan dengan menjelaskan objektif komunikasi Malaysia Madani. Apakah yang ingin
dicapai oleh organisasi melalui usaha komunikasinya? Ini termasuklah meningkatkan
kesedaran, membina kepercayaan, mempromosikan program atau matlamat khusus lain.
2. Kenali Khalayak:
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1023

