Page 1028 - Proceedings Collega2023
P. 1028
dasar untuk menstabilkan politik dan sosio-ekonomi. Konsep ini menekankan aspek tata kelola yang
menekankan kepada perlaksanan terhadap dasar sedia ada terutamanya dalam kemelot politik dan
ekonomi yang dihadapi negara sekarang ini.
Persoalannya, sejauh mana dasar yang baik ini difahami dan diterima oleh masyarakat? Sejauh
mana masyarakat khususnya golongan belia menyertai dan terlibat dengan dasar Malaysia Madani?
Walaupun negara ini mempunyai dasar yang baik mengenai perlindungan alam sekitar, namun
kemusnahan tetap berterusan. Masih banyak kes rasuah yang dilaporkan media saban hari. Kita juga
disuakan dengan kelemahan dalam menangani isu sosial dan menanggani persoalan kemiskinan baik di
luar atau di bandar. Ternyata ini bukan kelemahan dasar namun lebih kepada tata kelola, ketirisan dan
penyalah gunaan kuasa (Sualman I, 2023).
Menurut Anwar Ibrahim, terdapat banyak kelemahan dari segi tata kelola, terutamanya rasuah
yang berleluasa, isu kemiskinan, gejala sosial dan kemusnahan alam sekitar. Maka konsep ini menekankan
aspek tata kelola dalam perlaksanan terhadap dasar sedia ada terutamanya ketika berhadapan kemelot
politik dan ekonomi yang dihadapi negara sekarang ini (Sualman I, 2023). Jelasnya, gagasan Madani yang
menjadi hasrat Perdana Menteri bukan sekadar pembangunan secara lahiriah tetapi ia membawa maksud
yang luas, merangkumi kesejahteraan hidup insani itu sendiri sebagai nilai yang perlu dihayati dan
diamalkan oleh setiap warganegara. Konsep ini juga menekankan aspek tata kelola yang menekankan
kepada perlaksanan terhadap dasar sedia ada terutamanya dalam kemelot politik dan ekonomi yang
dihadapi negara sekarang ini.
Konsep Malaysia Madani diharap dapat membantu membuka ruang kerjaya yang lebih luas
kepada golongan muda yang berhadapan dengan isu pengangguran yang semakin mencemaskan. Melalui
konsep Malaysia Madani juga, rakyat mahu melihat kematangan politik negara supaya berada dalam
keadaan stabil. Rakyat akan yakin dasar baharu itu dapat memacu kemajuan negara terutama dalam
pembangunan ekonomi, jika pemimpin komited dan beriltizam memastikan kesejahteraan rakyat terus
terbela (Ibrahim A, 202). Maka, setiap rakyat perlu terbabit dalam membangun Malaysia Madani.
Kesejahteraan rakyat bermula dengan ekonomi yang stabil, selain pembangunan modal insan yang
mampan. Malaysia Madani dapat melahirkan ramai pemimpin dengan nilai yang tinggi, negara akan
selamat dan sejahtera. Apa yang penting, agama Islam terus dijulang dan diperkasakan.
Nilai dalam konteks budaya merujuk pada keyakinan, norma, dan prinsip-prinsip yang dianut dan
dihormati oleh suatu kelompok masyarakat atau komuniti. Nilai-nilai ini membentuk dasar perilaku
individu dan kolektif dalam budaya tersebut. Nilai-nilai budaya berperanan penting dalam membentuk
identiti budaya, memberikan panduan untuk tindakan dan interaksi sosial, dan mempengaruhi cara
individu dalam budaya tersebut berpikir tentang diri mereka sendiri, orang lain, dan dunia di sekitar
mereka. Gagasan Madani bersifat menyeluruh berdasarkan enam nilai tonggak utamanya iaitu (Ibrahim,
A, 2023):
• M (keMampanan)-Mutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu
pengetahuan dan kearifan tempatan.,
• A (kesejAhteraan - Kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan
kepelbagaian pandangan.
• D (Daya cipta)- Pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta
manusia.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page 1015

