Page 201 - Proceedings Collega2023
P. 201

NAFSU – LUST (2020): EKSPLORASI

                   FREKUENSI BUNYI YANG MEMBERI KESAN TERHADAP TUBUH
                                                  BADAN MANUSIA



                                                                                   1
                                         Muhammad Amirul Shafiq MOHD TAHAR*
                                                                         2
                                                   Aminah ABD. RHAPOR
                                                                           3
                                                 Nur Afifi MOHAMED TAIB
                                     1,2,3 Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM, Selangor, Malaysia
                                                  1 amirulshafiq@uitm.edu.my
                                                  2 aminah205@uitm.edu.my
                                                    3 nurafifi@uitm.edu.my


                                                          ABSTRAK

                       Nafsu-Lust  (2020)  merupakan  persembahan  pergerakan  tubuh  badan  yang  dipengaruhi  oleh
               eksperimentasi bunyi yang dihasilkan melalui frekuensi yang disusun seterusnya digubah menggunakan
               instrumen muzik yang bersesuaian. Binaural Beats digunakan sebagai penanda aras bagi rekaan graf muzik
               yang digubah iaitu Alpha, Beta, Theta dan Delta. Objektif kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan
               rekaan frekuensi bunyi yang direka untuk mencari keaslian pergerakan dan tindakbalas terhadap tubuh
               badan manusia. Kajian ini memfokuskan kajian eksperimen dari Masaru Emoto: The Hidden Message of
               Water  dengan  penggunaan  frekuensi  Binaural  Beats  dan  Solfeggio  yang  dianggap  sebagai  auditory
               illusions yang mampu memberi kesan kepada pendengaran manusia. Binaural Beats dan Solfeggio bukan
               sahaja sebagai pendorong kepada terapi mental dan juga meditasi tetapi juga mampu membantu untuk
               membentuk keselesaan terhadap pelaku sebelum melakukan sesi latihan. Dapatan dari kajian ini adalah
               dapat menghasilkan satu gerak tubuh badan secara spontan dan organik dengan secara semulajadi. Selain
               daripada itu, struktur pergerakan yang terhasil tidak ditetapkan, malah ianya melalui proses improvisasi.
               Kajian ini juga diharapkan dapat memberi kelestarian dalam bidang bunyi dan pergerakan tubuh badan
               manusia supaya dapat mewujudkan satu metod latihan yang baru bagi persediaan seorang aktor.



               Kata Kunci: nasfu-lust; eksplorasi; frekuensi bunyi; pergerakan organik; binaural beats.



               Pengenalan

                       Nafsu-Lust (2020) merupakan sebuah persembahan yang mengeksperimentasikan frekuensi bunyi
               yang disusun dan direka selama 60 minit bagi melihat tidakbalas tubuh badan pelaku. Pergerakan tubuh
               badan  yang  dihasilkan  adalah  disebabkan  tindakbalas  daripada  frekuensi  bunyi  yang  direka  mengikut
               susunan binaural beats yang mana dipecahkan kepada 4 gelombang otak (binaural beats) iaitu alpha, beta,
               theta dan delta. Kajian ini merupakan sebuah eksplorasi yang baharu dan inovatif dalam bidang seni


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 188 -
   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206