Page 205 - Proceedings Collega2023
P. 205
Gambar rajah 2 menunjukkan kerangka kajian yang dihasilkan melalui kajian ini. Berdasarkan
kajian penyelidikan air yang dilakukan oleh Masaru Emoto, pengkaji telah mengklasifikasikan tiga elemen
utama dalam kajian penyelidikan tersebut untuk digunapakai bagi kajian terhadap tubuh badan manusia
iaitu air (water), getaran (vibration) dan bentuk (form). Elemen-elemen ini kemudiannya diberi persamaan
dengan elemen yang baru untuk kajian pengkaji iaitu tubuh badan (human body), kekerapan (frekuency)
dan pergerakan tubuh badan (body movement).
Kerangka kajian ini diteruskan dengan meneliti kepada gelombang otak yang digunakan untuk
menghasilkan frekuensi bunyi yang mampu memberi tindakbalas kepada otak manusia melalui sistem
pendengaran untuk menghasilkan authentic movement atau pergerakan tubuh badan yang organik.
Kerangka ini dihasilkan apabila pengkaji membuat pemerhatian melalui proses di dalam studio dan diluar
studio.
Hasil Kajian dan Pemerhatian
Seseorang individu secara langsungnya akan memberi tindakbalas terhadap bunyi disekelilingnya.
Seseorang individu juga mampu mencapai tahap separa sedar atau tidak sedar apabila terlalu menghayati
atau fokus terhadap sesuatu pekerjaan. Ini boleh dibuktikan dalam persembahan tarian Sufi, Kuda Kepang,
teater tradisional Mak Yong dan juga Main Teri yang mampu mencapai tahap separa sedar dan tidak sedar
kepada para pemainnya. Hal in adalah kerana rentak lagu yang senantiasa berulang dan memberi respon
kepada degupan jantung manusia. Seterusnya akan membawa kepada tahap ketidaksedaran seseorang
dan hanyut dengan frekuensi bunyi yang dihasilkan dan menghasilkan pergerakan spontan atau organik.
Pergerakan ini mencabar tanggapan koreografi tradisional dan memberikan perspektif segar tentang
pergerakan manusia dan ekspresi artistik yang terhasil.
Binaural Beats
Gelombang otak yang mempunyai fungsi yang dapat mempengaruhi otak manusia daripada
berada dalam keadaan sedar sehingga mencapai tahap separa sedar iaitu tidur atau bermimpi. Antara
fungsi binaural beats secara berperingkat yang difokuskan oleh pengkaji dalam kajian bagi projek Nafsu-
Lust (2020) adalah:
Gelombang Fungsi
Alpha Gelombang otak Alpha dominan semasa pemikiran mengalir senyap dalam
beberapa keadaan meditasi. Alpha adalah keadaan rehat untuk otak.
Gelombang alpha membantu keseluruhan koordinasi mental, ketenangan,
kewaspadaan, integrasi minda/badan dan pembelajaran.
Beta Gelombang otak Beta menguasai keadaan sedar biasa kita apabila perhatian
ditujukan kepada tugas kognitif dan dunia luar. Beta ialah aktiviti 'pantas',
hadir apabila kita berwaspada, prihatin, terlibat dalam penyelesaian
masalah, pertimbangan, membuat keputusan atau aktiviti mental tertumpu.
Theta Gelombang otak Theta paling kerap berlaku semasa tidur tetapi juga
dominan dalam meditasi dalaman. Theta ialah pintu bagi seseorang fokus
kepada pembelajaran, ingatan dan gerak hati. Dalam theta, deria kita ditarik
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 192 -

